Majlis Pernikahan Asyraf & Mirdeeliani



Assalamualaikum semua…

Baru ni ada share pasal majlis tunang. Itu cerita tahun lepas. Ni nak cerita event tahun ni. Event yang yang dinanti-nantikan. Hehe…

Tanggal 5 Mei 2017, 050517 (cantik tak tarikh ni. Hehe) jam 10.30 pagi di Masjid Al-Firdaus Bandar Baru Selayang, Asyraf dan Mirdeeliani telah selamat diijab kabul. Majlis yang simple juga, hanya keluarga yang terdekat, saudara mara, jiran tetangga dan kawan-kawan yang free je hadir. Sebab tarikh tersebut jatuh pada hari Jumaat, hari kerja, jadi kepada semua yang menjayakan majlis nikah pada hari itu, kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih. Alhamdulillah…

Tarikh persandingan pula ditetapkan pada hari ahad, 7Mei 2017, 070517 (sekali lagi, cantik tak tarikh ni. Hehe…). Ramai yang tanya kenapa tak sanding hari selepas nikah. Maksudnye menjadi kebiasaan, bila nikah Jumaat, sanding Sabtu. Tapi majlis kami nikah Jumaat, Sabtu cuti, Ahad sanding. Sebabnya yang pertama ialah tarikh tu cantik bagi kami, yang keduanya tak nak tergesa-gesa sangat nanti keluarga masing-masing penat.

So macam biasa, layan la gambar yang ada dulu. Gambar official masih di tangan photographer. Gambar yang dapat ni semua hasil share dalam wasap dan instagram je. So kalau gambar anda tiada tu minta maap la ye. Tunggu la next post untuk tengok gambar yang official. Nak gambar banyak tengok kat facebook ye.


 Cantiknye kek ni


 Terima kasih kepada paan dan botak kerana sudi menemani saya yang nervous ni. hehe...



Nervous nye la hai time ni. hehe...


  
 Alhamdulillah selesai sudah majlis


  
Officially married 050517




Comments

Popular posts from this blog

kamu balik

My Movie Review: Rock Oo