Majlis Persandingan Asyraf & Mirdeeliani



Assalamualaikum semua…

Selesai kisah nikah pada post yang lepas. Kali ni nak share experience majlis persandingan pula.

Tanggal 7 Mei 2017, 070517 merupakan tarikh pilihan untuk melangsungkan walimatul urus kami.
Majlis dilangsungkan di Dewan Komuniti TTDI, KL. Kami decide untuk buat satu majlis bagi memudahkan urusan keluarga dan menjimatkan kos yang saban hari meningkat tak turun-turun. Lagi pun kenalan kami majoritinya dari UPM, Kolej Kelima. So kami menganggarkan dalam 1000 pax jemputan untuk majlis nanti.

Kad jemputan
Ini kali kedua design kad jemputan. Sebelum ni design untuk Kak Diana. Design yang simple yet informative dan print dengan kos yang murah sebab kad kahwin ni biasanya orang tak simpan lama. Lepas event dah boleh buang unless kad tersebut bertatahkan emas permata. Hehe…






Malam sebelum majlis datang melawat persiapan dewan. Dewan kami di deco oleh Adam& Hawa Bridal dengan tema purple dan gold.



Pagi bertolak ke dewan dengan mak dan mak tam. Hari ni tak nervous sangat, just enjoy the moments. Sampai je dewan terus ke bilik persalinan pengantin, tengok cik isteri sedang dimekap-mekap oleh mak andam. Aku masih rilek lagi, sebab nk laki siap kejap je.hehe… Sempat la memerhati dari jauh kaum keluarga dah sampai, sahabat handai dan tetamu dah mula datang dan persembahan marhaban oleh AWM.




Lebih kurang jam 11.15 pagi, kami pun selesai bersiap. Cuma touch-up apa yang patut je. Tunggu team kompang pula bersedia untuk perarakan pengantin.

Alhamdulillah, bersyukur kami ke hadrat illahi dengan limpah kurnianya selesai sudah majlis pernikahan kami pada 5.5.17 dan majlis persandingan kami pada 7.5.17.


Saya, Asyraf dan isteri saya, Mirdeeliani ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada kedua-dua belah ahli keluarga kami yang banyak membantu menguruskan kedua-dua majlis kami.
Terima kasih kepada saudara mara yang sudi datang dari jauh dan dekat demi memeriahkan majlis kecil kami.

Terima kasih kepada kumpulan marhaban, Artis Veteran Malaysia yang sudi memeriahkan majlis marhaban kami.

Terima kasih kepada paan dan zana yang sudi jadi pengapit kami..

Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan yang mengenali kami terutama geng Da'Bomb, Geng 9, AI Smart, IEM, Kelab Kembara, kawan-kawan UPM, Guide2 Gua Musang yang sudi datang memeriahkan majlis kami.

Kepada team dari butik pengantin, Ery yang sgt sporting sediakan baju pengantin kami, make-up sanding by kak anis dan deco pelamin by Abg Zack yang cantik dan yg paling penting ikut tema kami. Servis dorang sgt2 tip-top.

Kepada team photographer dan videographer, Amin dan Hadi dari Amin Lyna Videography, terima kasih sbb layan kerenah kami yg xpandai amik gambar pengantin.

Akhir kata, sekiranya ada kekurangan semasa majlis kami berlangsung, kami ingin menyusun sepuluh jari dan memohon ampun & maaf.
Terima kasih sekali lagi...


Layan dulu la gambar henpon kat facebook ni.

Alhamdulillah, daripada perkenalan di Kolej Kelima, UPM sehingga ke pelamin dan akan meneruskan adventure yang seterusnya insya Allah…

p/s: sorry post lambat kisah wedding ni. hehe...
p/s: byk post lagi pending, so tunggu...

Comments

Popular posts from this blog

kamu balik

My Movie Review: Rock Oo