Posts

Showing posts from June, 2017

Majlis Pernikahan Asyraf & Mirdeeliani

Image
Assalamualaikum semua… Baru ni ada share pasal majlis tunang. Itu cerita tahun lepas. Ni nak cerita event tahun ni. Event yang yang dinanti-nantikan. Hehe… Tanggal 5 Mei 2017, 050517 (cantik tak tarikh ni. Hehe) jam 10.30 pagi di Masjid Al-Firdaus Bandar Baru Selayang, Asyraf dan Mirdeeliani telah selamat diijab kabul. Majlis yang simple juga, hanya keluarga yang terdekat, saudara mara, jiran tetangga dan kawan-kawan yang free je hadir. Sebab tarikh tersebut jatuh pada hari Jumaat, hari kerja, jadi kepada semua yang menjayakan majlis nikah pada hari itu, kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih. Alhamdulillah… Tarikh persandingan pula ditetapkan pada hari ahad, 7Mei 2017, 070517 (sekali lagi, cantik tak tarikh ni. Hehe…). Ramai yang tanya kenapa tak sanding hari selepas nikah. Maksudnye menjadi kebiasaan, bila nikah Jumaat, sanding Sabtu. Tapi majlis kami nikah Jumaat, Sabtu cuti, Ahad sanding. Sebabnya yang pertama ialah tarikh tu cantik bagi kami, yang keduany

Tunang 2016

Image
Assalamualaikum semua… Lama blog ni terbiar. Hari ni nak update sikit. Mungkin akan buat major renovation sikit pada template blog dan akan buat blog baru khas untuk travel. Jeng…jeng…jeng… Pertama sekali nak cerita kisah tunang tahun lepas. Dah setahun dah, kawin dah pun, baru nak share ye. Hehe... Sorry la dunia teknologi semakin pantas. Just share gambar kat Facebook dan Instagram je. Zaman blog dah semakin pudar. Hanya tinggal mereka-merak yang masih tegar dan menjana income menggunakan blog. Tanggal 31 Julai 2016 berlangsunglah majlis pertunangan antara Asyraf bin Azizan dan Mirdeeliani binti Amir. Kalau ingat balik detik planning untuk bertunang ni memang sempoi giler. Pada suatu hari yang tenang, ajak la Mir dating macam biasa. Masa tu masih di musim raya. Kalau tak silap hari Ahad kot kami keluar. Jalan-jalan di OU, memang dah plan nak tengok-tengok cincin dulu. So singgah la ke kedai emas dan belek2 cincin. Lepas tu jumpa la yang berkenan dan pilih dua bentuk