KJR XVII

Assalamualaikum...

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada semua yang menjayakan KJR ke-17







Tahniah kepada semua peserta
tahniah kepada semua instruktor
dan terima kasih kepada semua senior & alumni yang turun memberi support

 Semoga apa ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkan sebaiknya

"Kalau kita menanam padi, lalang akan tumbuh bersama,
tapi kalau kita menanam lalang, padi tidak akan tumbuh bersama..."


Lokasi yang sama, pose berbeza, tahun berbeza 
sudah 7 tahun berkecimpung dengan KJR bermula dari jadi peserta hinggalah instruktor

will be missing this location...



indahnya malam ini,
ditemani unggas-unggas,
air sungai yang deras,
angin yang nyaman,

kata sang beluncas,
aku tidak akan menjadi rama-rama yang cantik,
kalau aku terus hidup dalam kepompong aku,

kelihatan sang semut yang sedang berkerja,
siang dan malam,
tak kira masa,
mereka pun berkata,
kita perlu sentiasa bersedia,
kerana kita tidak tahu apa yang akan datang pada hari esok,

kata pula sang penunggu rimba,
aku kagum dengan mereka yang menuntut dengan rimba,
kerana rimba ini mempunyai banyak perkara untuk belajar,

Sang batu turut ingin bersuara,
aku telah lama hidup di dunia,
banyak kemusnahan yang telah datang menduga,
tetapi hidup ini ibarat roda,
ada masa kita di atas,
dan ada masa kita di bawahnya.

kalau hari ini kita masih berjumpa,
esok lusa belum tentu ada,
kalau esok kita masih berjumpa,
jangan malu untuk bertegur sapa,

indahnya malam ini,
oh indahnya malam ini...




The best  moment in KJR

Lineup presiden Kelab Kembara 2009, 2010, 2011, 2012



Comments

Popular posts from this blog

My Movie Review: Rock Oo

kamu balik