Another New Year...

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama blog ini terbiar. Kalau tengok rekod post, 2015 hanya sekali entry je masa awal puasa. Lepas tu terus rasa malas nak update.

2015 permulaan yang kurang baik, pertengahan yang banyak belajar dan pengakhiran yang murah rezeki. Sedikit bingkisan hasil daripada FB aku kongsikan di sini...


Musibah yang berlaku di awal tahun 2015 terlalu perit untuk dikenang. Kehilangan satu hobi buat sementara waktu. Insya Allah ada rezeki start balik 2016. Apa-apa pun kalo perkara itu tidak berlaku, aku tidak akan belajar sesuatu. Satu tamparan yang hebat, membuat aku tersedar dalam kealpaan...





Sambut birthday dalam wad bersama orang-orang yang tersayang. Mula-mula jaga mak sebab mak demam. Ulang alik hospital check darah mak sebab takut suspek denggi. Last-last bila mak dah sihat, mak pulak ulang-alik teman aku ke hospital untuk check darah. Bukan suspek dah, kire kompom la denggi. 1st time rasa penangan demam denggi. Terlantarlah di HKL nak dekat seminggu...





Tahun 2015 juga sedikit sebanyak memberi peluang untuk aku mendalami ilmu reka grafik. Ada kawan-kawan yang mintak tolong design logo, company profile, banner dan sebagainya. Secara tak langsung kemahiran Adobe AI dapat digilap.






Tahun 2015 juga team-up dengan the best team untuk mengadakan Dinner Final Year K5 gilang gemilang. Korang memang terbaik!





Hasrat nak repeat naik gunung rabong tahun 2015 tidak kesampaian. Ada trip lain pada bulan lain. Tapi masa ni je yang free, so tak dapatlah si Jaguar beraksi. Tidak lari gunung dikejar.hehe...





Masa bulan puasa sempat belajar ilmu baru untuk silkscreen baju. Design2 baju pun aku yang buat, so tambah knowledge dan tambah income. Setakat ni masih beajar cara design yang betul untuk silkscreen supaya mudah proses untuk print pada baju.





Skill masak lemang pada raya tahun lepas pun semakin meningkat. Jaga 10 batang lemang sebelah tangan je. hehe...





Oh I love this band. Still my first choice of heavy metal band. Rock yeah!




 Ye tahun 2015 banyak jerebu la





 Bile post macam ni mesti tengah ligat cari idea untuk graphic design. Job design tshirt kalo tak silap.





 Ye tahun 2015 memang jerebu teruk




Tahun 2015 juga banyak karya dalam shutterstock terjual. Ada gambar yang tak pernah terjual sebelum ni pun dapat dijual pada tahun 2015. Dalam keadaan yang tidak dapat beraksi ni, foto-foto lama masih mempunyai nilai yang tersendiri.hehe...

Itu sahaja sedikit sebanyak yang dapat dikorek dalam FB. Lain-lain kisah kita sambung lain kali kalau tak malas nak update blog.hehe

Semoga 2016 membawa sinar yang baru. Pengalaman setiap hari mengajar kita, setiap minggu mengingatkan kita, setiap bulan menyedarkan kita dan setiap tahun mendewasakan kita

Comments

Popular posts from this blog

kamu balik

My Movie Review: Rock Oo