Sambutan Syawal 1435

Assalamualaikum... baru sempat nak update blog. Sebelum ni ada kekangan masa dan internet. Bile ada masa free, internet pulak problem. Bile ada internet, banyak kerja lain pulak. Tapi sekarang dah pakai internet baru. SIM HULK hehe... Nanti akan buat entry pasal internet ni pulak. So far amat berpuas hati dengan performance dia.

Ok berbalik kepada tajuk utama, Syawal tiba lagi.


 Beberapa hari sebelum raya dah setup lampu raya kat rumah. Kali ni ada macam-macam warna.


 Dari luar dan dalam boleh nampak lampu raya ni




Tahun ni sambut raya kat kampung Melaka lagi. Sebelum balik kampung, petang tu ziarah kubur abah dulu. Bersihkan dan sedekah Al-Fatihah.

Bertolak ke Melaka jumaat tengah malam. Gerak dengan abang Zhafiri pastu konvoi sekali dengan
Kak Diana dan suami dia. Sampai kampung ngam-ngam sahur. Pas makan ape lagi tido laaa letih giler.

Puasa kat kampung kali ni saje buat kelainan sikit. Nak try masak lemang. hehe... Sebab selalu balik kampung memang bosan takde aktiviti nak buat. So masaklah lemang. Berbekalkan pengalaman masa belajar di UPM, akan di praktikkan kat sini. Buluh dan daun pisang dah beli siap-siap dari KL. Peralatan lain-lain dah ada kat kampung.


 Setup api dulu slow-slow. Bile buat macam ni rindu nak bercamping pulak dah


Salai time, proses melayukan buluh lemang. Disebabkan kurang pengalaman memasak lemang ni, jadi start awal seawal jam 12.30 tengah hari. Memang matahari tengah memacak masa tu. Tapi gamble je buat walaupun puasa. Hehe...


Rasa cemas pulak bile cepat sangat buluh ni tukar warna. Risau hangus je. Hehe... Tapi masa letak ni ada la satu buluh tu retak pulak, akhirnya terbelah juga. Terpaksa reject dan kukus je la pulut tu. Lepas tu pakai api slow je.

Cuaca hari sabtu tu memang panas giler. Lepas zohor badan dah rasa lembik. Dah mula rasa haus tu yang tak tahan tu.


Mujur la suami Kak Diana, abang Airnar reti juga masak lemang. Dia join baru rancak sikit pembakaran lemang. Api pun naik marak tapi kena selalu kawal kalau tak buluh terbakar.


Time ni memang dah flat abis. Rasa menyesal pulak bakar lemang siang hari ni. Buat malam pun tak pe



Peringkat akhir nak bagi pulut keras sikit. Tadi masa check lemang dah masak tapi tak mampat tak cukup keras nenek cakap.



Inilah hasilnya lemang masak di kampung. Berjaya jugak. Hehe... Tapi lemang ni masa masih baru masak memang sedap dimakan. Bila dah biar lama dua tiga hari dah rasa tak sedap. Next time kalau nak masak lagi boleh start petang last puasa tu. Boleh lajak bakar sampai ke malam, baru la best makan masa raya esoknya.

Lemang ni pun tak tahan lama, sebab ada santan kan. Masa bawak balik rumah hari tu dua batang, dapat makan sebatang je. Sebatang lagi sebab simpan lama sangat dah basi. Yela bakar hari sabtu, nak tahan sampai hari selasa atau rabu mana sempat.

Takpe jadi kan ini sebagai pengajaran. Next time buat yang terbaik punye. Lemang hari tu pun ade 12 batang je. Tolak satu yang pecah, ada yang over cook lagi dapat la 10 batang yang sempurna.

Ok next project hari ahad, hari bangun lewat, semalam letih sangat. Project hari ni BBQ ayam. Hari ni start lewat. Lepas asar baru buat. Tempat panggang pun bawah bumbung.




Ok ayam dah naik panggang


Baik punye ayam. Bakar rilek-rilek guna bara.



Hari ahad tu hari last berbuka puasa. Malam tu pengumuman raya. Malam tu juga orang di surau dan masjid bertakbir raya. Malam tu juga la ramai budak-budak bermain mercun dan bunga api.



Pelita pun dah pasang kat rumah nenek



Bosan-bosan malam tu cari serangga sikit. hehe...



Pagi raya macam biasa sembahyang sunat aidilfitri, bermaaf-maafan dan bergambar

 Keluarga saya dan keluarga Kak Diana bersama nenek

 Keluarga Mak Andak bersama nenek

 Sepupu-sepupu bersama nenek

 Adik beradik mak bersama nenek


 Keluarga besar, ni yang ada kat kampung je masa tu. Ada lagi yang tak balik kampung lagi ni


Keluarga Kak Diana

Keluarga kami saje








Lepas bergambar kami terus pergi beraya di beberapa rumah keluarga yang lain di sekitar melaka. Lepas tu terus balik KL. Sambung raya kat KL pulak.

Itulah kisah raya kali ini. Semoga dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan dan Syawal di tahun hadapan. Insya Allah... Tahun depan kalau panjang umur akan cari project lain pulak. Lemang mungkin akan diteruskan, mungkin akan try buat dodol pulak. hehe...

Dikesempatan ini juga saya ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan perbuatan dan tutur kata dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Comments

Popular posts from this blog

kamu balik

My Movie Review: Rock Oo