Salam Aidil Adha 1434H


Selamat menyambut raya haji tahun 1434 Hijrah. Alhamdulillah selamat dah jemaah haji menunaikan rukun Islam ke 5. Sama-samalah kita merayakannya. Tahun ni 2013 macam biasa balik rumah untuk potong lembu. Aktiviti tahunan yang paling best.

Pagi2 layan solat sunat aidil adha dulu di Surau Al-Amin Taman Setapak Indah. Pastu dengar khutbah raya yang mengingatkan kembali kisah para nabi dahulu. Tahun ni solat pukul 8.00 pagi. agak awal dari kebiasaannya kerana nak selesaikan ibadah korban lebih awal iaitu sebelum zohor.

9.15 pagi jemaah surau diminta berkumpul kembali untuk sama-sama gotong royong sembelih dan melapah lembu. Tahun ni 5 ekor lembu dijadikan korban.

Dah bertahun-tahun join aktiviti ni tapi sekeping gambar pun tak pernah snap lagi. Samada malas atau teruja nak potong lembu.hehe... Sebab kalo dah pegang kumira ni malas dah nak wat keje lain. Jadi OP yang tak offical je la.hehe...

Alhamdulillah sebelum zohor semuanya selesai. Lembu setel, makanan pun dah terhidang. Ape lagi makan la. Daging fresh tu.hehe...



 Belimbing Buluh



Mangga Epal


Hari petang sikit selepas asar, keluar pergi jolok buah mangga. Alhamdulillah ada rezeki sikit. Banyak lagi sebenarnya. Tapi tinggi sangat. Kena pakai kren baru boleh amik.

Sebelah pokok mangga ada pokok belimbing yang macam dah lama tak berbuah. Tapi rezeki hari ni dapat la sikit.

Salam Aidil Adha 1434H daripada Asyraf Azizan

Comments

Anonymous said…
selamat hari raya aidiladha
semoga mendapat ikhtibar dari Kisah Nabi Ibrahim sekeluarga
saya follow --
nanti folo saya balik ek tkasih

Popular posts from this blog

kamu balik

My Movie Review: Rock Oo