hari ini kamu balik, kamu balik dan mungkin tidak akan balik ke sini kembali, pertemuan kita hanya sementara, pelbagai tanggapan yang kamu buat pada aku, aku lain di sini, seperti yang kamu pernah katakan, aku lain ketika berada di rumah, ya aku lain di semua tempat, termasuk di sini, semoga kita berjumpa lagi, aku tidak tahu kenapa aku tidak sedih, sedih dengan perpindahan kamu, mungkin aku rasa kamu berada dekat dengan aku, dekat di hati aku, sehinggakan kalau berjauhan pun aku tetap rasa dekat, jadi tiada sebab untuk aku ucapkan selamat tinggal, sebab kamu tinggal di hati aku, dan kamu hanya akan hilang jika aku mati, pergi la kamu balik, tapi jangan lupa balik, balik ke sini...
31 Ogos 08, beberapa jam sebelum Ramadhan tiba, aku ke pusara. Di waktu petang yang indah. Angin sejuk selepas hujan bertiup. Mengenangkan aku pada insan yang tersayang, yang dahulunya bersusah-payah demiku... Tibanya aku di tanah perkuburan, ku lihat ramai lagi insan-insan yang berada di situ, untuk memperingati insan yang telah tiada. Aku meneruskan langkah ke pusara yang ingin di tuju. Rumput yang tumbuh mulai panjang. Aku bersihkan sedikit, di atas dan sekitarnya. Dan aku terkenangkan beliau. Seorang yang penyayang. Tempat aku selalu mengadu, meminta bantuan, berlindung, dan sebagainya. Tapi kini hanya tinggal kenangan... Aku masih ingat detik itu. Masih segar dalam memori aku. Suatu pagi yang suram, aku bangun untuk bersiap ke sekolah. Pada waktu itu aku hanya terdengar batuk-batuk yang kuat. Aku tak pasti apa yang berlaku. Tetapi kelihatan mak ku dan mak saudaraku sedang sibuk melakukan sesuatu untuk menenangkan beliau. Aku terus bersiap dan ke sekolah. Hatiku berat untuk ke...
Comments