Pernah dengar Dropbox tak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Kali ini saya nak share satu aplikasi yang saya gunakan. Aplikasi ini diberi nama Dropbox. Satu aplikasi online dimana kita boleh simpan dokumen-dokumen secara online, dan kita boleh synchronize kan dengan dokumen pada PC kita.

Caranya mula-mula kita register sebagai user Dropbox dulu, create account. Selepas itu kena download dulu aplikasi ini. Kemudian install pada PC kita. Jangan risau, percuma sahaja. Dropbox akan create satu folder pada PC kita. Di folder tersebut kita boleh masukkan dokumen-dokument yang kita kerap gunakan serta penting. Contohnya dokument Microsoft Word, Excel, gambar-gambar, installer, lagu, video dan sebagainya.

Jadi apabila kita online, Dropbox akan syncronize kan folder pada PC kita dengan server Dropbox. Maka, apa yang ada pada folder PC kita akan di upload masuk ke server dan semua dokumen tersebut boleh digunakan dimana-mana ketika kita online.

Ianya memudahkan kerja kita apabila kita menggunakan lebih daripada 1 PC. contohnya PC di rumah, laptop, dan PC di office. Kan ke leceh kalau dokumen yang kita selalu guna perlu ada pada setiap PC tersebut. Kemudian jika ada perubahan pada dokumen tersebut nak kena update lagi pada setiap PC. Memang la kita boleh gunkan Pendrive sebagai tempat untuk simpan dokumen tersebut, tapi kalau tertinggal pulak kat rumah atau hilang ke macam mana?

Maka semua problem tersebut Dropbox dapat membantu menyelesaikan. Caranya simple sahaja. Kita kena install aplikasi Dropbox pada setiap PC yang kita guna. Jangan risau, percuma je. Kemudian setel la. Dropbox akan synronize kan semuanya. Segala perubahan Dropbox akan updatekan pada folder tersebut. Tapi make sure kena online la. Ianya akan berfungsi secara automatic.

Lagi satu kelebihannya ialah folder sharing. Kita boleh create satu folder baru, kemudian kita share kan kepada rakan-rakan yang menggunakan Dropbox juga. Jadi kalau ada contohnya assigment kumpulan ke ianya sangat membantu.

Dropbox banyak membantu saya sebagai student master sebab nak buat tesis la bagai dan saya mempunyai laptop dan PC di lab komputer.

Kalau nak cuba CLICK SINI. Free je...

Comments

i M a Z a i M i said…
wow, menarik lah aplikasi ni!
Asyraf Azizan said…
@i M a Z a i M i

menarikkan. amat berguna kalo guna byk pc.hehe
Unknown said…
Kalau free, only 2gig of data je kan? klu x silap
Asyraf Azizan said…
@Pierre Cashewnut

haah. tapi ade cara leh dpt sampai 3GB. aku gune free account 3.4GB

Popular posts from this blog

Majlis Perkahwinan Nik dan Tuba

My Movie Review: Rock Oo