Rabong Expedition for the 2nd time...
Alhamdulillah... Selamat sudah pendakian Kelab Kembara ke Gunung Rabong, Gua Musang, Kelantan. Trip kali ni dengan kelulusan paperwork. So perjalanan pergi dan balik di sponsor UPM.hehe...
Bertolak pada 9 April 2012, jam 11 malam. Di jangka akan tiba di Gua Musang dalam pukul 5 atau 6. Perjalanan pergi tiada masalah. Semuanya berjalan lancar pada awalnya. Kemudian pakcik bas berhenti di kedai makan di kawasan Bentong, memandangkan ramai peserta pada malam itu belum makan malam, so berhenti makan jap.
Dengan kedatangan kami 19 orang ni menyebabkan kedai makan tersebut tak cukup tangan nak urus. Akibatnya makanan yang dipesan lambat siap. Jadi perjalanan kami agak terdelay kejap. Bajet amik masa untuk makan dalam setengah jam je. Sekali kena sejam lebih. Adoyai...
Setel makan perjalanan diteruskan. Masa tu dah pukul 3am kalo tak silap. Dah makan semua dah kenyang, masing2 pun mengantuk layan tido. Disebabkan timing agak melarikan diri, pakcik bas telah memijak pedal minyak bertubi-tubi. Lantas menyebabkan kelajuan bas memecut dengan kelajuan yang menggerunkan. Namun semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah kami semua tiba di Gua Musang sekitar waktu subuh.
Selesai solat subuh, kami bertolak ke rumah ketua guider kami, Hj. Tahir atau lebih terkenal dengan panggilan Abah. Sampai di rumah Abah, kami disambut oleh Abang Long. Salah seorang guider gak. Tapi trip kali ni die tak ikut. Sampai je terus packing barang. Waktu tu jam dah pukul 8am. Sementara tunggu satu group pergi beli brekfast & makan tengah hari, kitorang teruskan packing barang.
10 April 2012. Setel breakfast, terus bertolak ke Felda Perasu. Perjalanan dalam setengah jam jugak la. Dalam bas kami ice breaking skit memandangkan ramai peserta yang masih baru dan 1st time jumpa guider group Abah. Dalam 10.15am tiba di Felda Perasu. Taklimat ringkas oleh Abah dan diiringi bacaan doa, dalam 10.30am kami semua memulakan langkah pertama pendakian Gunung Rabong sesi 2012.
Segala-galanya kembali terkenang masa pendakian pertama tahun lepas. Nak menempuh trek balak yang jauh ni sangatlah mementalkan. Tapi dalam hati tercalit sedikit rasa tak sedap hati. Kalau tahun lepas bertolak naik dalam pukul 8.30 pagi, aku sampai Kem Taman pukul 9pm. Kali ni start jalan 10.30am, ntah sampai pukul bpe la agaknye.hehe...
Perjalanan diteruskan, di Trek Balak. Dalam keadaan matahari yang semakin meninggi serta langit yang clear tanpa awan. Memang best.huhu... Merentasi 2 batang sungai dan kemudiannya sampai ke sungai yang terakhir, Sungai Milo. Masa tu dah tengah hari, kami stop jap makan tengah hari. Alang-alang dah nak masuk zohor, kami decide nak solat dulu sebelum bertolak. Semuanya setel dalam pukul 2pm.
Kemudian kami meneruskan perjalanan menuju ke Lorong Tikus. Start dari Sungai Milo untuk ke Lorong Tikus, perjalanan dah start mendaki. Tapi disebabkan dah lama takde orang lalu trek tersebut, trek agak semak dan tertutup. Pergerakan jadi agak perlahan kerana proses bukak trek perlu dijalankan. Rehat sebentar di Kem Balak kemudian terus ke Lorong Tikus.
Start di Lorong Tikus dah mula trek hutan, jadi takde la panas sangat. Trek balak tadi memang open air direct sunlight. Rasa cair je.hehe...
Trek semakin mendaki, dengan cuaca yang agak mendung, membuatkan cahaya di dalam hutan agak malap dan suram. Tenaga masing2 dah semakin letih. Tapi perjalanan perlu diteruskan untuk sampai ke Kem Taman. Antara check point yang perlu di lalui ialah Kaki Kor, Kem Kor, Permatang, Kem Buluh, Helipad dan lepas tu baru la Kem Taman.
Memang seperti yang dijangka, kami akan trekking malam. Memang best, headlamp aku dah la takde, tak sempat nak beli sebab duit tak masuk lagi, terpaksa bergantung pada torch light dolphin kecik. Dalam perjalanan, boleh pulak torch light tu rosak. Terpaksa la menumpang cahaya rakan2. Nasib baik abah kasi pinjam torch light dia. Perjalanan malam itu sangat mencabar, dengan hujan, kekurangan air, pergerakan menjadi slow dan masing2 semakin penat dan mental.
Alhamdulillah dalam pukul 12am kalo tak silap sampai ke Kem Taman. Perjalanan yang sangat meletihkan. Sampai2 terus masak air dan pasang hammock. Tapi masih ada lagi satu group bersama Abah yang tak sampai lagi disebabkan ada peserta yang dah krem. Ingatkan kitorang nak pergi rescue malam tu, tapi jarak mereka masih jauh dan waktu pun dah lewat jadi Abah decide untuk stay di Kem Kor manakala kami di Kem Taman tak perlu turun rescue. Nasib baik ada line hp masa tu. Masak2 setel makan semua dalam pukul 3am semua tido. Selesai pendakian hari pertama.
11 April 2012. Terjaga dalam pukul 7am. Bangun2 terus siapkan sarapan dan kemas campsite. Group Abah dah bertolak naik. Masa abah sampai kitorang tgh packing barang lagi. Setel smua dalam pukul 9am baru bertolak naik menuju puncak. Perjalanan hari ini memang totally memacak tinggi. Dari Kem Taman untuk sampai ke puncak dah tak jauh. Cuma kena memanjat dua dinding dah sampai. hehe...
Kami tiba di puncak lebih kurang pukul 12 tgh hari. Rilek jap amik gambar hore-hore kemudian berbincang skit dgn Abah. Abah melihat pergerakan peserta kali ini agak slow memandangkan mereka masih baru dalam pergunungan dan ada yang pertama kali naik gunung. Oleh sebab itu, perjalanan terpaksa delay sehari kalau tak hari2 akan trekking malam dan memang sgt memenatkan.
Setel semua dalam pukul 2pm start trekking turun pulak. Bagi aku, trekking naik takde masalah, boleh menghadapi dengan senyuman. Trekking turun ni agak memeritkan sebenarnya. Sebab trek licin satu hal, pastu kena banyak main brek tu yang buat letih kaki tu.hehe...
Perjalanan lancar walaupun banyak kekeliruan trek namun sampai juga di R & R.hehe... Situ bukan la campsite, tapi memadai dengan tapak yang luas serta ada sumber air. Tapi malangnya tapak agak cerun. Tapi kira ok la untuk gantung hammock. Sampai di R & R tersebut dalam pukul 6.30pm. Sempat la jamak solat. Pasang hammock pastu masak2. Dalam pukul 8pm makan kemudian semua masuk tidur awal sebab planning esok nak bertolak awal.
Malam tidur dengan nyenyak. Hinggalah rintik-rintik air jatuh. Mula-mula buat tak tau je. Walaupun sejuk, harap2 tak basah la. Beberapa minit kemudian hujan semakin rancak. Tiba-tiba rasa air bertakung kat hammock aku. Alamak spoil betul la. Terus bangun dan betulkan ape yang patut. Dah la baju kering ada 1 set je.hehe... Setel semua sambung tido.
12 April 2012. Hujan masih turun. Jam menunjukkan 7 pagi. Hujan agak lebat. Perasaan malas untuk bangun penuh di dada. Apabila hujan semakin reda, baru ada group yang bangun untuk masak breakfast. Hujan dah reda baru kami semua bangun untuk kemas campsite dan makan. Hajat nak bertolak awal pagi terkubur. Telewat jugak akhirnya. Setel semua dan start bergerak dalam pukul 10 pagi.
Trekking hari ini tak jauh dan tak memenatkan, tetapi penuh dengan penantian sebab dah mula aktiviti rappelling. Aktiviti rappelling adalah aktiviti yang paling best di Gunung Rabong. Dan pada hari ini juga akan melalui dinding2 batu yang menggerunkan. Sebelah dinding batu, sebelah gaung. Memang setiap langkah adalah nyawa. Perjalanan semakin mencabar apabila menempuhi trek malam. Tu la gerak lewat lagi. Seperti yang aku cakap sebelum ni, trek turun memang bahaya. Sape yang duduk belakang memang akan terseksa sebab trek semua dah kene sodok orang depan. Meninggalkan trek yang licin berselut-selut.
Alhamdulillah semuanya selamat sampai di Lost World Gunung Rabong malam itu lebih kurang 9pm. Macam biasa situ bukan campsite. Dan ruangan kali ini sangat sempit dengan kiri kanan gaung dan tidur betul2 di sebelah air terjun Lost World. Memang sejuk gile sebab kene tempias air terjun. Siap makan semua tidur dengan nyenyak sekali akibat kepenatan kan.
13 April 2012. Alhamdulillah malam tu tak hujan so semuanya berjalan lancar, tidur yang nyenyak dan bangun seawal 6 pagi. Siap breakfast semua dan sempat bergambar di Lost World. Pukul 9am bertolak pula ke Kem Sungai Merah. Hari ni last main rappelling. Turun water fall tinggi paling best sekali. Trek hari ni santai je sebab lalu batu2 sungai. Cuaca pun baik tak hujan, jadi perjalanan semuanya lancar. Tiba di campsite dalam pukul 5 petang. Sempat la mandi2 jemur pakaian dan hammock. Semua kembali normal. Malam tu cuaca pun baik walaupun ada petanda nak ujan tapi alhamdulillah semuanya selamat.
14 April 2012. Bangun pagi. Termenung jap. Patutnye hari ni dah boleh trekking keluar dah. Tapi terpaksa delay pulak. Adoyai. Breakfast dan terus kan perjalanan ke campsite terakhir. Trekking yang biasa2 saje. Takdela mencabar sgt dan tiba di campsite tepat pada masanya. Dalam pukul 5ptg jgk la. Cuma malam tu hujan time makan malam. Agak kelam kabut sebab tak setup flysheet betul2. Nasib baik jugak la aku tak pasang hammock lagi masa tu. Kalo tak masuk air dah la. Malam tu tidur awal jugak. good night...
15 April 2012. Bangun dengan keadaan cergas. OK dah set mind hari ni nak kua hutan.hehe... Trekking hari ni lalu air. Sunway Lagoon oh yeahhh... Memang best. Malangnye haversack aku tak muat masuk plastik itam. Muat pun ngam2 tak leh nak ikat. So redah jela masuk air. Tapi hari ni agak malang bagi aku. Camera masuk air pulak. Agak sedey sebab xleh guna dah. Perjalanan diteruskan. Kali ni aku trekking depan pulak. Follow abah. Laju gak orang tua ni jalan. Penat gak nak kejar dia.
Check point terakhir Last Waterfall. Sampai Last Waterfall dalam pukul 12 tgh hari. Rilek jap makan megi serta mandi manda. Tiba-tiba ujan pulak. Kelam kabut kitorang packing barang. Maklum la lepas ni trekking semua redah sungai. Kalo lambat nnti kena sapu dengan kepala air pulak. Perjalanan pun diteruskan, segala penat letih mental hari2 sebelumnya semua dah hilang. Memang hari last ni trekking santai dan semua laju je nak balik. Dalam pukul 3.30ptg dah sampai ke ladang kelapa sawit. Pintu keluar hutan. Alhamdulillah semua selamat sampai tepat pada waktunya. Kami disambut dengan lori. Kemudian terus ke rumah Abah. Sampai rumah abah sekitar asar.
Kemas2 barang dan bersiap untuk balik UPM. Bas dijangka tiba 9pm. Sebelum balik postmortem skit dgn guider dan segala permasalahan dijadikan pengajaran dan panduan buat masa akan datang. Kami tiba di UPM seawal 3 pagi. Pagi tu terus kelas. Memang cantik. Tak tau la dorang ni g kelas ke tak.huhu...
Ape-ape pun trip kali ini memang berbeza dan mencabar. Banyak pengalaman baru yang aku dapat. Trip kali ni jugak aku banyak amik gambar. Tapi gambar artistik kurang. Macam kena repeat lagi je.hehe...
Tahniah kepada semua pendaki Kelab Kembara serta terima kasih kepada para guider yang sempoi dan memahami. Ada rezeki kita berjumpa lagi.hehe...
Sek Kembara
lehe, captut, ella, anim, mimi, toto, budis, zulex, dila, lina, eija, kassem, katek, waka, marni, mek, kewek, yati, ivy
Sek Guider
abah, abg wan, kebok, man botak, madey, mon
Comments
ok tu je komen aku.... hehe
emel nnti saya kasi.
asyrafazizan88@yahoo.com