Berkebun di bulan Ramadhan

Assalamualaikum...Selamat menyambut Ramadhan. Alhamdulillah dah nak masuk ke malam ke-21. 10 malam terakhir yg di mana salah satu malamnya ada malam yang penuh dengan keberkatan iaitu malam Lailatu Qadar. Sama2 lah kita berusaha mendapatkannya. Insya Allah...

Kali ni nak share skit hasil usaha aku mengemaskini tumbuh-tumbuhan di rumah aku. Saje buat keluar peluh skit bulan2 pose ni.hehe...



Ni salah satu pokok yang aku kerjakan. Kasi servis skit enjin dia. Cuba tengok dah berserabut akar dalam pasu. Terlampau sarat. Tak bagus untuk pertumbuhan akar baru dan penyerapan air. So kene kasi clear dan pecah2 pokok ni kepada pasu lain. Pokok ni senang tanam. Tak perlu biji benih. Pertumbuhan melalui batang pokok. Cucuk je tumbuh akar dan pokok.


Akar pokok ni bila dah banyak dia akan membentuk ubi. Tak tau la bleh makan ke tak.huhu...





Ok daripada pokok satu pasu tadi, aku pecah2 kan kepada lebih kecik dan ringkas. Kemudian masuk kat pasu baru. Tapi sebenarnyakan aku tak tau apa nama pokok ni.huhu... sape2 yang tau sile lah share dgn saye ye.hehe...


Ok ni lah hasilnya setelah pokok2 tersebut di pecah2kan.


Pokok2 buluh ni pun sama juga konsep dia. Semua ni dari satu pasu. Pokok tu dah tinggi. Pastu aku potong2 dan masukkan kan pasu2 lain. Pertumbuhan guna batang gak.

Pokok2 kat rumah aku hampir semuanya pokok berdaun hijau saja. Pokok bunga ada 1 jenis je. Pokok bunga 3 bulan. Tapi dah lama tak keluar bunga.hehe. Aku tak suka sangat pokok bunga sebab bunga tu memang la cantik, tapi bila dah layu, gugur bersepah umah aku. Leceh la nak kene sapu pulak. hehe... Dulu2 rumah aku memang banyak pokok bunga. Macam2 bunga ada. Yang paling banyak bunga kertas la. Semua pokok2 tu di transfer dari rumah lama aku dulu kat Titiwangsa. Pastu bile dah semakin malas nak jaga, sebahagian pokok2 bunga tu di sedekahkan kat sekolah area umah aku. Tinggal pokok2 ni je. 

Dulu2 arwah abah je yang rajin berkebun.Sekarang ni bila aku buat keje2 ni remind me of him... Al-fatihah...

Comments

adyllbbs said…
kalau dah jiwa hijau tu, hijau jugak la kan. mesra alam. selamat bercucuk tanam! :)
Pokok ada enjin ghupenyer :P
Asyraf Azizan said…
paan: mesti la ada. kalo tak cmne nk idup.hehe

Popular posts from this blog

kamu balik

My Movie Review: Rock Oo