Dalam sekelip mata life aku berubah...

Sekarang aku kat Kolej Kelima. Sedang menanti giliran untuk Medical Check Up jam 2 petang karang. Aku sampai tadi lebih kurang jam 10 pagi. Pergi print gambar passport dulu kemudian terus ke Pusat Kesihatan Universiti. Bersiar-siar jap dalam tu. Ramainye orang. Budak junior baru masuk minggu ni so ramai la orang. Aku beratur nk tunggu giliran untuk register med cek up. Sampai time aku je counter closed. Nurse tu suh datang pukul 2 plak. Aku dengan frustnye trus beredar dari tempat kejadian.

Suasana UPM masih lengang. Time2 sekarang ni budak junior ada event kat dewan besar. Selepas kejadian di PKU tadi, aku terus bergegas ke Pusat Pengajian Siswazah kat atas bukit tu. Nak tanya pasal pembayaran yuran jap. Setel segala soal jawab, aku lost kembali. Nak pergi mana nih???

Tiba2 datang idea yang sedikit gila tetapi bijak. Aku mengambil keputusan untuk bertemu dengan lecturer yang merangkap supervisor aku untuk master. SV aku kali ni Dr. Marzanah Jabar. Ketuk2... bukak pintu masuk. Wajah doktor tu agak blur bila aku masuk. Lantas tanpa membuang masa aku memberi salam serta memperkenalkan diri bahawasanya aku ini student master beliau. Owwwhhh dah masuk ek, dah register ke?. kata beliau. Aku pun menjawab dengan penuh sopan, belum Dr saya tengah neak setelkan med cek up ni. Pukul 2 karang baru boleh pergi check... sambil berkata-kata aku menunjukkan surat tawaran. Beliau hanya angguk2. So apa yang you nak buat? suatu soalan yang aku tak jangka dan tak boleh nak jawab sebab aku pun tak tau. hehe... Then kami berbincang sikit mengenai tajuk apa yang aku nak pilih bla bla bla... bertukar no fon serta terus Dr set kan regular meeting. Adoyai... Beliau juga telah memberi aku assigment untuk membuat sedikit kajian jurnal mengenai topik apa yang akan aku masterkan. Dan pada detik itu aku rasa aku bergelar student kembali...

Dr Marzanah 1st impression aku beliau seorang yang peramah, banyak membantu, dan senang untuk berbual. Aku pernah masuk kelas dia dulu. Cara pengajaran dia memang memberangangkan, tapi aku kene tukar kelas masa tu sebab kelas tu dah ramai sangat student. So harap2 everything goes well insya Allah...

Selesai bertemu beliau, aku lost balik.hehe... Jap aku dah jadi student ni, assigment dah dapat. next week kene jumpa Dr balik. So aku kene setelkan registration cepat dan cari tempat tinggal. Aku terus meluru ke Kolej Kelima. Singgah ofis jap dan bertanya bleh stay kolej tak untuk master. Malang sekali pihak kolej tidak lagi menerima student master. Adoyai...

Takpe nanti aku usahakan pasal tempat tinggal. Lalu aku beredar dan terus ke CIMB bank untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk pembayaran yuran pengajian. Aku akan cuba selesaikan urusan pendaftaran hari ini juga.

Sejumlah wang dikeluarkan. Kemudian aku lost kembali. Jam baru 11.30. Nak merempat mana ni? Lantas aku kembali ke Kolej Kelima dan singgah di blok baung. Naik ke tingkat 2 dan bertemu manusia2 yang aku kenali. Singgah di bilik Kimo. Balam dan Bangla turut ada bersama di bilik itu. Aku meminta izin untuk menumpang sementara menunggu masa untuk med cek up jap lagi.

Maka di sinilah aku menaip2 kisah hari ini di laman sesawang blogger ini menggunakan macbook bangla.

Selamat study diucapkan kepada aku...

Comments

Popular posts from this blog

My Movie Review: Rock Oo

kamu balik