Naik itu untuk turun...

Semalam telah berlangsung Majlis Amanat Pengetua. Pada malam itu juga, MTM baru diumumkan. Sekalung tahniah kepada mereka yang baru dilantik. Perlantikan semalam tidak secara rasmi lagi. Mereka secara rasminya akan dilantik pada Malam Pewarisan nanti. Walaubagaimanapun, Muka-muka baru barisan peneraju pelajar K5 ini aku yakin akan memberi impak yang baru pada MTM akan datang. Sekali lagi tahniah diucapkan. Kepada yang akan turun, tahniah dan terima kasih atas sumbangan anda selama ini. Diharapkan kepada bakal mantan MTM yang masih meneruskan pengajian di K5, akan sentiasa membantu MTM baru dan K5. Kepada yang bakal bergraduasi, selamat menyiapkan FYP (huhuhuu...) dan selamat bergraduat.

Malam ini bakal berlaku lagi satu pertukaran barisan kepemimpinan. Nantikan...

Comments

Popular Posts