Suatu pagi yang tenang...


Bangun pagi dan bersiap untuk pergi latihan industri. Cuaca hari ini agak mendung. Jalan sedikit basah. Hujan kot semalam. Aku bertolak seawal 7.45 pagi ke Seri Kembangan, ke tempat LI aku di MMSC. Tiba di sana, singgah makan jap di Maulana berhampiran.

Tak ramai orang. Mungkin dah masuk kerja. Tempat aku masuk 8.30. Aku mengambil tempat di tepi sekali, berhampiran jalan, sebelah parking dan mengadap office aku. Aku memesan roti telur dan teh tarik.

Kemudian datang sebuah truk Hilux dan parking berhampiran aku. Kenderaan itu parking sedikit senget dan memakan 2 tempat parking. Buruk punya perangai. Mentang-mentang kenderaan besar. Tak beradab langsung.

Di depan aku ada seorang wanita berketurunan india berusia mungkin dalam 20an. Ketat betul muka dia. Pagi-pagi dah muka ketat. Kemudian datang seorang pengemis. Bertongkat. Kaki kirinya sakit. Mungkin berketurunan melayu, macam cina pun ada jugak. Muka ala-ala Stephen Chow. Cina la kot. Dia datang menghampiri wanita india tadi. Cuba untuk meraih simpati meminta wang. Wanita itu sikit pun tak pandang mahu pun senyum. Mukanya masih ketat seperti tadi. Pengemis itu pun beredar dan menghampiri aku pula. Aku pun hulurkan sedikit bantuan...

Perkara ini bukan kali pertama aku hadapi. Malah bukan aku saja, setiap orang pun mesti pernah rasa apabila ada pengemis atau peminta sedekah datang menghampiri kita di tempat makan atau di mana saja, kita menolak atau buat-buat tak tau. Cuma kadang-kadang sahaja kita hulurkan bantuan. Mengapa perkara ini sering terjadi. Adakah kerana kita tidak percaya pada mereka atau kita tidak mampu atau memang kita ini seorang yang kedekut. Aku terpandang diri aku. Aku pun pernah buat macam wanita india tadi tu buat pada pengemis itu. Mengapa kita begitu...

Hakikatnya diri kita juga memerlukan bantuan. Tak kira dalam bentuk apa. Menderma sedikit wang bukanlah suatu beban sebenarnya. Apabila kita menyebut tentang derma, ia berkaitan dengan keikhlasan diri kita. Sejauh mana kita boleh memberi berbanding dengan selalu menerima. Harta yang kita ada juga adalah pemberian Allah S.W.T. Ia adalah rezeki pada kita dan amanahkan kepada mereka yang memerlukan. Seorang ustaz pernah berkata kepada aku bahawa orang yang menderma ini tidak akan habis hartanya malah akan terus bertambah. Jika kita menderma dengan ikhlas, kita akan rasa kenikmatannya. Malah jika tidak berwang pun hati masih rasa senang dan tenteram. Berbanding bagi sesetengah orang yang berwang tetapi hatinya masih tidak tenteram dan sering risaukan hartanya.



Sebagai contoh mereka yang meraih harta dengan cara yang haram biasanya tidak akan senang duduk. Kalau orang yang berjudi, selepas meraih keuntungan judi, pasti akan bertambah keinginannya untuk berjudi lagi dan risaukan hartanya lesap. Tetapi bagi mereka yang berusaha, rezeki yang mereka perolehi pasti merupakan suatu nikmat yang tidak terkata. Dan kita gunakan rezeki itu untuk membantu yang lain pula, pasti akan terjamin rezeki kita nanti insya Allah.

Jadi janganlah kita rasa berat untuk menderma. Berilah setakat mampu. Orang yang meminta derma tidak akan pertikai pun kalau kita derma 10 sen saja. Yang penting ikhlas dan dermalah walau sebuah senyuman. Kepada rakan-rakan yang buat LI, selamat bekerja.huhu


www.mmsc.com.my

Aku LI kat sini sekarang. Tak sempat nak post pasal LI lagi. nanti ek. huhu..

Comments

Fuh~! agak sentap tapi seb bek aku kasi gak budak tu duit...tapi agak2 ar budak tu, dtg dh la ngan air bungkus minum, dtg mintak duit kat org cam mintak hutang...camtu camne lak ek?
Asyraf Azizan said…
kita memberi tu urusan kita dgn tuhan. kalo ikhlas dpt la pahala.

orang yang meminta tu pun urusan dia dengan tuhan. kalo menipu dpt la dosa

Popular posts from this blog

kamu balik

My Movie Review: Rock Oo