Aku Bersama Alam

Aku bersama alam,
bilakah ianya mula terjadi,
tak lama sebenarnya,
cuma kejadiannya mendadak,
semuanya bermula ketika di matrikulasi kedah,
menyertai satu aktiviti iaitu mukhayyam,
pertama kali aku di alam rimba tuhan,
bertempat di Selama, Perak,
tetapi aktivitinya sama seperti kursus biasa,
cuma pengisiannya berbeza.



Kali kedua lebih mencabar,
di akhir pengajian di matrikulasi,
juga menyertai mukhayyam tetapi di tempat lain,
Teluk Duyung, Pulau Pinang,
di tepian pantai,
bayu laut yang menghembus,
aktivitinya juga lebih kurang biasa,
tetapi pengalamannya cukup bermakna.



Masa kian berlalu,
waktu demi waktu,
ku jejaki ke alam universiti,
cabaran yang berbeza dirasai,
tetapi hatiku masih terpanggil untuk menyertai alam,
panggilan dari utara,
mengimbau kembali nostalgia,
satu reunion yang tidak langsung,
bersama rakan matrikulasi,
menyertai mukhayyam lagi,
di Pulau Pinang lagi,
cuma cabarannya mencabar lagi,
aktiviti kali ini sedikit berbeza,
mula mengamalkan sedikit konsep survival,
memberi satu pengalaman baru,
satu ilmu baru,
satu memori baru.



Cuti semester,
balik rumah,
berjumpa rakan sekolah,
mula giat mengatur perancangan perkelahan,
aktiviti pertama,
bercamping di Port Dickson,
memang seronok,
tetapi banyak lagi yang perlu dipelajari.



Kembara,
satu kelab di kolejku,
aktiviti pertama yang aku sertai ialah KICK,
mengajar asas dalam rekreasi,
membawa aku jauh ke alam tuhan,
menikmati keindahan ciptaanNya,
mengukir kenangan bersama kenalan baru.



Lanjutan daripada KICK,
KJR menyusul,
aktiviti yang 100% memfokuskan pada rekreasi,
konsep survival yang sebenar didedahkan,
membawa aku lebih jauh ke alam tuhan,
mengukir satu pengalaman baru,
yang lebih mencabar dan mematangkan,
dan membuktikan betapa kerdilnya diri ini dalam alam ciptaan tuhan.



Selepas daripada KJR,
minat aku terhadap rekreasi semakin mendalam,
aktiviti ini sangat mendekatkan jiwa aku dengan tuhan,
kemudiannya panggilan utara menyeru lagi,
mukhayyam Penang lagi,
kali ini penganjurannya lebih kepada sendiri,
dari segi pengurusan serta pengisian diatur dikalangan kami sendiri,
cabaran yang sebenar perlu ditempuhi,
dengan mengenali hakikat sebenar kehidupan ini.



Waktu cuti masih ada,
kembali berkumpul,
rakan-rakan sekolah,
mengatur satu lagi percutian,
kali ini di Teluk Senangin, Perak,
percutian yang berkonsepkan perkhemahan yang sedikit mencabar,
menguji kemahiran yang telah dipelajari,
sebelum ini.



Pada tahun ini,
satu lagi aktiviti rekreasi,
setelah ke laut,
ke sungai pula,
Kembara di Sungai Nenggiri, Kelantan,
berakit selama hampir seminggu,
satu aktiviti santai yang menyeronokkan,
satu pengalaman baru,
kenalan baru,
serta kenangan baru.



Dan kini aku,
di alam tuhan,
diamanahkan,
dipertanggungjawabkan,
untuk terus menghidupkan,
menggerakkan,
serta merancang,
Kelab Kembara Kolej Kelima.


Moga tuhan memudahkan segala urusan dan perancangan...amin



*Mukhayyam - satu proses tarbiah yang lebih mencabar fizikal


Comments

dyll said…
bosh rec -- aku nk join kjr, kick dsb taun dpn~~

Popular posts from this blog

My Movie Review: Rock Oo

kamu balik