U Follow Me, I Follow U

Saturday, January 17, 2009

Far Beyond The Sun

Kau ibarat matahari,
Lebih menjangkau matahari,
Menerangi kehidupanku yang kelam,
Menyuluh arah tuju hidup yang lebih indah,
Tetapi mencapaimu suatu yang mustahil,
Kerana kau matahari,
Membakar apa yang menghampiri,
Namun aku telah cuba,
Cuba menghampiri,
Dan aku dapat,
Tetapi memang lumrah sang matahari,
Membakar, membakar dan membakar,
Kini ku lepaskan,
Membiarkan kau bersinar,
Sinaran cahaya kehidupan,
Kepada hidupan yang lain,
Aku perlu berlindung,
Berlindung daripada cahayamu,
Yang membakar,
Membakar parut-parutku yang kau jadikan sebelum ini,
Ya, cahayamu kini menyakitkan,
Menyakitkan diriku,
Sakit sekali,
Amat....

pihsnoitaler ruo

is now a big full-stop

4 expressions:

n a b i l a a t h i r a said...

menerangai tuh ape lehe??hehe =PP

matahari said...

Pernahkah rasa apa yang matahari rasa,
Walaupun terpaksa bersaing dengan awan hitam,
Ketika itu,
Dimana kau,
Kau tetap bersembunyi,
Hanya berpeluk tubuh,
Tak mahu tahu apa yang berlaku,
Apabila matahari menang,
Dan matahari mula tersenyum kembali,
Namun kau tetap takkan sukakan matahari lagi,
Kau katakan yang kau dah tak perlukan matahari,
Sebab kau rasa matahari terlalu menyakitkan,
Sentiasa sakit,
Membuatkan kau terbakar,
Kepanasan,
Keperitan,
Sakit…Sangat…

Dan kini,
pabila matahari kian menghilang,
membawa cahaya-cahaya yang semakin gelap,
cahaya-cahaya yang tak diperlukan lagi,
Janganlah kau mencari matahari,
Biarkan gerhana yang datang,
Agar kau tahu apa yang matahari rasa,
Kerana ketika itu,
Matahari sedang sakit,
Sakit sendirian,
Mungkin tanpa matahari,
Kehidupan kau akan lebih aman…

Andaikan kau adalah matahari,
Kau akan tahu betapa sakitnya bila terpaksa jadi matahari…

understanding person_78 said...

matahari yang indah...
tetapi cahaya matahari,
mampu menyakitkan mata kita...

kita tidak buta...
kita boleh teruskan hidup tanpa matahari...
kerana itu bulan tercipta...

DENGAN KEBESARAN ALLAH YANG MAHA BESAR,LAGI MAHA PENYAYANG....

Asyraf Azizan said...

biar aku jadi vampire je ar.huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...