Sunway Lagoon Moment


Minggu lepas, setelah bercuti di Perak, kami mula merancang perancangan menghabiskan sisa-sisa cuti sem kali ini. Bermula dengan bermain futsal dengan kawan sekolah dan lepak-lepak bersama. Sehinggalah disuatu ketika, tercetusnya sebuah fenomena dimana idea itu mencul. Jom pergi Sunway Lagoon nak...

Beberapa hari sebelum kejadian kami telah keluar berjalan-jalan ke Sunway Pyramid sambil meninjau kawasan percutian seterusnya.

Survey harga


Tiba hari kejadian kemi bertolak seawal pagi. Lebih kurang jam 10.00am dan tiba di Sunway Lagon dalam jam 11.30am. Keadaan di pintu masuk utama ketika itu sangat sesak. Maklumlah cuti sekolah sekarang. Ramai pengunjung yang datang dari dalam dan luar negeri.

Peserta percutian kali ini hanya 4 orang iaitu saya, Ubi, Paan & Den. Kami membeli tiket untuk 3 park iaitu Water Park, Amusement Park & Scream Park. Ketiga-tiga tempat tersebut memang menarik.

Gelang yang sentiasa perlu dipakai



bersama pakcik koboi


Scream Park


Amusement Park (Kasut yang besar dan berpusing)



Amusement Park



Amusement Park (Dinosour yang tak pupus-pupus)





Limestone Garden



Limestone Garden


Limestone Garden



tak tau ape nama tempat ni. tapi macam muzium batu-batu



Sebelum ke aktiviti air bergambar di jambatan tergantung terpanjang asia (yeke?)


Dont look down...



Amusement Park lagi (Kapal yang menyakitkan)



Maka tamatlah ekspedisi menjelajah Sunway Lagoon. Namun begitu kepuasan masih belum dikecapi. Ini kerana masih ada lagi 1 park yang menyeronokkan, tapi kami tak cukup masa untuk pergi. Extreme Park. Tempat ni sangat best tapi nak lagi best perlu pergi lebih ramai orang sebab ada Beach Volley Ball, Surf Beach, Paintball, ATV, Flying Fox, Anti-gravity, futsal dan macam-macam lagi. Jadi oleh itu next time kita pergi bersama ramai-ramai ye kawan-kawan.

Lepas keluar dari Sunway Lagoon, kami makan di Sunway Pyramid. Makanan dalam Sunway Lagoon tu sangat mahal. Dah la makanan dari luar tak boleh bawa masuk. Walaupun sebotol air mineral kecil sekalipun. Tapi tak survey pun la makanan kat dalam Sunway Lagoon tu. Walaupun banyak cafe, tapi dah tau harga mesti mahal punya. Ada ternampak satu stall burger tu jual sebiji burger harga RM7.00. Memang giler. Tapi tu pun masih ramai orang nak beli. Kelaparan la katakan.

Kat Sunway Pyramid makan KFC.huhu... Kemudian seorang member iaitu Den membelanja ice-cream McD. Cukup la Lunch+Dinner pada hari itu.

Selepas itu berlegar-legarlah di Sunway Pyramid tersebut sambil photoshoot. Setelah itu kami pun bergerak untuk ke parking untuk pulang. Jam pada waktu itu 9.30pm.

Pada hari itu, Den datang sedikit lewat sebenarnya. Rumah beliau dekat Subang sahaja. Jadi dia datang berasingan. Dua kereta la yang ada pada hari itu. Saya, Paan & Ubi satu kereta, Den satu kereta. Disebabkan kelewatan dan kelam kabut pada hari itu, beliau telah lupa dimanakah tempat parking kereta beliau. Jadi kami semua mencari, dimanakah ia berada. Sunway Pyramid ada banyak parking bertingkat. Bermula B2, B1, LG, G, F, CP2, CP3, CP4 CP5, CP6 CP7. Kami cari bermula dari tingkat yang paling atas. Ekspedisi mencari kali ini sangat meletihkan. Kami turun sampai bawah pun masih tak jumpa. Kemudian dengan menaiki kereta Ubi, kami terus mencari dari bawah ke atas, atas ke bawah, luar ke dalam, depan ke belakang, kiri ke kanan. Masih tak jumpa lagi. Jam ah menunjukkan 11.30pm. Lama betul mencari. Dalam fikiran kami, tak mungkin kereta itu dicuri. Keadaan semakin mendebarkan...

Akhir sekali kami menggunakan khidmat pakgad yang menjaga keselamatan parking di situ. Pada kali ini Den dan pakgad tu meneruskan pencarian kerana mereka naik motor. Jadi kami bertiga hanya tunggu di satu tempat.

Letih menunggu



Setelah beberapa ketika, baru kami mendapat panggilan daripada Den yang kereta beliau telah dijumpai. Alhamdulillah... lega sikit perasaan hati.

Lantas, kami pun bergerak ke tempat parking tersebut. Rupa-rupanya beliau tidak parking di Sunway Pyramid, tetapi di hotel sebelah Sunway Pyramid. Memang sedikit bengang dan lucu ketika itu. Beliau boleh tak sedar langsung keadaan sekeliling yang berbeza daripada tempat parking tadi. Walaupun penat, tapi masih seronok...


Kereta yang diburu


Setelah itu Den membelanja kami minum. Saya pau beliau segunung ABC yang indah dan melazatkan. Setelah itu kami pun pulang pada jam lebih kurang 1.30am.


ABC Ahhhhh....


Pengalaman menarik pada percutian kali ini. Akhirnya kami semua menjadi mahir kawasan parking Sunway Pyramid tersebut.hehe...

Moral of the story, ingatlah di mana anda parking kereta anda.

Comments

Popular posts from this blog

kamu balik

My Movie Review: Rock Oo