Selamat Hari Raya




Esok raya.
Hari ini membantu mak mengemas rumah dan memasak. Hari ini juga sahur dan berbuka untuk kali terakhir Ramadhan ini. Dan semalam tarawikh yang terakhir. Alhamdulliah tarawikh aku cukup 30 hari 11 rakaat sehari termasuk witir. Azam aku Ramadhan kali ini. Walaupun sibuk dengan kelas, ujian 2 dan aktiviti kolej, tetapi tetap juga bertarawikh, walaupun ringkas sahaja. Bukan semua orang dapat rasa kemanisan tarawikh itu. Hakikatnya ia hanya boleh dibuat pada bulan Ramadhan sahaja dan Ramadhan hanya datang setahun sekali. Maksudnya dalam setahun kita hanya solat tarawikh 30 malam sahaja. Dan dalam 30 malam itu ada satu malam sahaja yang paling berharga. Rasa rugi kalau tak rebut peluang itu. Tetapi kali ini aku gagal untuk khatam Al-Quran sendiri. Khatam peringkat tadarus sahaja. Aku juga tidak berjaya menghidupkan malam. Lemahnya iman ini. Jadi untuk raya kali ini aku hanya menyambut dua kemenangan iaitu puasa dan tarawikh. Mungkin tahun depan lebih baik lagi Insya Allah.

Petang itu, ke kubur arwah abah dan arwah pakcik. Memang selalunya kami sekeluarga pergi ke kubur sebelum raya sebab takut orang ramai masa pagi raya. Tapi petang tu ramai orang juga. Kami hanya pergi bersihkan dan sedekahkan Al-Fatihah. Kemudian terus pulang.



Petang itu, waktu selepas ke kubur dan sebelum berbuka, kami baca Yassin sekeluarga di rumah. Kemudian terus berbuka. Berbuka untuk kali terakhir Ramadhan ini. Pelbagai juadah raya dah terhidang. Semuanya sedap-sedap belaka. Jemputlah ke rumah kalau nak rasa.

Sup Daging

Daun Sup


Air Asam


Ketupat


Serunding Daging

Karipap


Sambal Telur


Jemput Makan

Comments

Anonymous said…
ala...kalu aku dtg..mesti dah abis..
Asyraf Azizan said…
ade lg ar.jmput ar dtg
Anonymous said…
try ar blaja kat mak wat ketupat ek...

ehm bila nak wat open house utk kwn2 upm lak????
Asyraf Azizan said…
dh jemput dh kwn2.dorg yg xsudi dtg.hmmm
Anonymous said…
:( sentap ar...sowe ar..
Asyraf Azizan said…
hehe.bukan nk sentap awk ar sayg

Popular posts from this blog

Majlis Perkahwinan Nik dan Tuba

My Movie Review: Rock Oo