Mak Saya Dah Balik...

Rumahku Syurgaku

Hari itu...
Sabtu, 27 September 2008, 0600, aku pulang ke rumah. Keluar di pagi hari yang tenang dan sejuk. Bersama jiran di depan bilik yang ingin menumpang hingga ke Komuter Serdang. Perjalanan yang agak hambar dan membosankan. Sebab MP3 aku dah rosak. Sampai di rumah dalam jam 0645. Tak jauh sangat rumah aku dari UPM. Perjalanan lebih kurang setengah jam sahaja.

Setibanya di rumah, aku disambut oleh mak dan kakak ku. Kemudian aku terus ke bilik dan berehat. Sambung tidur balik, sampai petang.

Petang itu aku keluar menikmati keadaan sekitar kawasan kediaman. Dah lama tak pulang ke rumah. Sepanjang Ramadhan aku banyak menghabiskan masa di kolej kediaman. Belajar, bertugas, berbakti dan sebagainya. Rondaan pertama ke pokok mangga ku. Sebelum puasa hari tu banyak buah. Tapi sekarang dah tumbang. Mak cakap angin kuat. Sedih, baru tahun ni pokok tu berbuah. Berbuah buat kali pertama.

Pokok mangga aku.
Kedai kat belakang tu pun kena tiup angin kencang gak.

Pokok belimbing aku mula berbuah

Hasil tuaian yang lumayan
Boleh masak untuk raya

Seterusnya aku meneruskan rondaan ke kawasan sekolah ku. Banyak memori terlukis semula semasa melintasi hadapan sekolah tersebut. Tempat aku membesar dan menimba ilmu. Dari situlah aku jadi seperti sekarang. Semuanya kenangan.

Sekolah rendah aku.
Dulu nama sekolah ni Sekolah Kebangsaan Seri Melati

Sekolah Menengah


Kemudian rondaan diteruskan. Tak banyak yang berubah. Dan aku terus pulang ke rumah untuk bebuka. Tahun ini pertama kali aku tak pergi bazaar Ramadhan kat kawasan perumahan aku dan kali pertama juga aku ke bazaar Ramadhan di Sri Serdang sepanjang pengajian aku di UPM. Tahniah diucapkan.

Kepada rakan-rakanku, jemput la datang ke rumah raya ni.


jemput la bertandang

Comments

Anonymous said…
belimbing tu adalh kegemaran aku masa kecik..then aku slalu kena marah sbb makan blimbing tu..sbbnya tak baik utk ksihatan lg2 lelaki....wey..tlg bwk blk sket ke kolej..
Anonymous said…
to asyraf : rondaan?? ngah praktis nak keje kat bahagian keselamatan ker???

to saidsaiful : kata tak leh makan tapi kamu stil nak gak..teringin ek???
Asyraf Azizan said…
haah.nk jd pakgad.halau2 student tgh2 mlm.huhu

epul mgidam tu

Popular posts from this blog

kamu balik

My Movie Review: Rock Oo