ku ke pusara


31 Ogos 08, beberapa jam sebelum Ramadhan tiba, aku ke pusara. Di waktu petang yang indah. Angin sejuk selepas hujan bertiup. Mengenangkan aku pada insan yang tersayang, yang dahulunya bersusah-payah demiku...

Tibanya aku di tanah perkuburan, ku lihat ramai lagi insan-insan yang berada di situ, untuk memperingati insan yang telah tiada. Aku meneruskan langkah ke pusara yang ingin di tuju. Rumput yang tumbuh mulai panjang. Aku bersihkan sedikit, di atas dan sekitarnya. Dan aku terkenangkan beliau. Seorang yang penyayang. Tempat aku selalu mengadu, meminta bantuan, berlindung, dan sebagainya. Tapi kini hanya tinggal kenangan...

Aku masih ingat detik itu. Masih segar dalam memori aku. Suatu pagi yang suram, aku bangun untuk bersiap ke sekolah. Pada waktu itu aku hanya terdengar batuk-batuk yang kuat. Aku tak pasti apa yang berlaku. Tetapi kelihatan mak ku dan mak saudaraku sedang sibuk melakukan sesuatu untuk menenangkan beliau. Aku terus bersiap dan ke sekolah. Hatiku berat untuk ke sekolah hari itu. Tetapi aku teruskan juga. Di dalam kelas, aku mengharungi hari-hari biasa, tetapi tiba-tiba aku digesakan oleh kerani pejabat yang datang ke kelasku. Hatiku mula resah. Aku bergegas ke pejabat. Di situ, sahabat mak ku sedang menanti dengan teresak-esak. Apa yang mampu dia katakan hanyalah bersabar. Aku dah dapat agak. Tibanya di rumah, jiran-jiran mulai memenuhi rumahku. Aku masuk ke rumah dengan kaki yang menggeletar dan badan seram sejuk. Dan aku melihat sekujur tubuh yang kaku, memejam mata. Aku kehilangannya...

Al-Fatihah...

Kenangan itu, masih segar. Seperti berlaku semalam. Hakikatnya telah hampir 6 tahun beliau meninggalkanku. Dan dalam tempoh itu, telah banyak yang aku kecapi, tidak dapat disaksikan oleh beliau. Saat aku mendapat keputusan PMR, saat aku mendapat keputusan SPM, saat aku menamatkan zaman persekolahan, saat aku bekerja part-time, saat aku mendapat gaji pertama, saat kemasukanku ke matrik (di negeri kampung halaman beliau), saat aku mendapat keputusan matrik, dan kemasukanku ke alam universiti. Dan yang pasti bakal tiba insya Allah, saat aku bergraduasi, dan berumah tangga. Kejayaanku kini, hasil titik peluh beliau dahulu. Dan aku pasrah beliau tiada untuk menyaksikan kejayaanku. Beliau hanya sempat melihat abang-abangku dan kakakku. Tetapi kehidupan mesti diteruskan. Aku masih ada keluargaku yang sentiasa menyokongku. Takkan aku hampakan harapan mereka...

Aku terus membersihkan pusara itu. Selesai membersihkan, aku duduk di sisi. Memandang lama ke pusara. Merasai ketenangan. Dan aku sedekahkan Al-Fatihah, dan menadah tangan memohon doa dari-Nya...

Ya Allah,
ampunilah segala dosa beliau,
dan tempatkan lah beliau,
dikalangan orang-orang yang beriman,
di syurga-Mu ya Allah,
amin...

Hari hampir senja, aku bersiap dan pulang. Aku hanya memandang lama pada pusara itu. Dan aku melangkah pulang. Meninggalkan seribu satu kenangan di situ. Kenangan yang terkubur, tetapi tidak hapus.



Haji Azizan bin Haji Halim
Khamis 03 Oktober 2002 jam 12.20 tengah hari
bersamaan
27 Rejab 1423

sebab kematian:
cancer of lung


Comments

i M a Z a i M i said…
alfatihah...

semoga dugaan yg kamu tempuhi skarang menjanjikan kebahagiaan kamu pda masa akan dtg. insyallah...DIA akn sntiasa bersama dgn mereka yg tidak pernah lupa dgn kedua org tua mereka..insyallah..amin..
Anonymous said…
Al-Fatihah..
Anonymous said…
Al-FATIHAH....
Semoga ALLAH SWT menempatkan roh beliau dikalangan orang beriman,soleh dan terpuji disisi-NYA.
Anonymous said…
Kalau ayah kamu ada lagi, tentu beliau berbangga dengan kamu, sebagaimana kami berbangga dengan kamu. Terus doakan beliau, semoga beliau dicucuri rahmat.

AL-FATIHAH

p/s: entry kamu ni membuat aku tersentuh ditambah dengan msg kamu mlm tadi..terima kasih atas suntikan kesedaran..
eM. said…
fatherly love will neva fade.

hope u bring out the fatherly love to ur kids eventhough u neva had one.
amin said…
alfatihah...

tatkala aku membaca tinta ini..hati begitu tersentuh...tatkala ini juga menerawang jauh fikiran terkenangkan insan yang begitu istimewa di hatiku...
aku mendoakan semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan yang beriman...
alfatihah...
Anonymous said…
al-fatihah..
pernah alami perasaan itu..
sejuk..mengeletar.. disaat kehilangan orang tersayang.. pemergian yang tak sempat diucap selamat tinggal...awak membuat saya teringat kepada dia, insan yang saya paling sayang....
Sara-Chan said…
al-fatihah utk beliau~
post yg amat menyntuh perasaan..
tabahkan hati.
amalan yg msih tidak terputus antara kamu dan beliau ialah berdoa..
Anonymous said…
yang tiba pasti akan pulang...
Al-fatihah..
adslmh said…
al-fatihah ....
be strong k
=)
Anonymous said…
al-fatihah..

kamu kuat..
terus buat beliau berbangge dgn kamu =))
hamidah mubin said…
beb... hadapi dengan senyuman..
princess said…
huh.aku juge terharu membace post nie,
aku dapat rasekan macam mane sadihnyer ko mase tue,
tabah kan hati yer,
al fatihah
Anonymous said…
mati itu pasti
hidup Insya Allah

semoga mereka di sana dicucuri rahmat

(ades, dah la kita sedang mendengar lagu air mata syawal ni.. syahdu.. nak nanges..)
Anonymous said…
sekadar berkongsi

cuti merdeka yang kamu ada
kamu gunakan dengan baik sekali
alhamdulillah

yang lain2?

Popular posts from this blog

Majlis Perkahwinan Nik dan Tuba

My Movie Review: Rock Oo