Suatu hari yang panjang...

hari ini 17 ogos 2008, semalam nisfu syaaban, hari ini puasa. kelab ikhwan menganjurkan puasa beramai-ramai. agak letih sebab dah lama tak puasa. tapi ok ar dapat berlatih sikit memandangkan Ramadhan dah dekat. pagi sampai tengah hari tidur je sebab semalam tu tidur lewat. bermula petang, cari budak-budak kelab ikhwan untuk buat persediaan berbuka puasa beramai-ramai. memang meriah. lauk ditempah kat putra food court. nasi masak sendiri air pun buat sendiri. makan dalam talam yang di pinjam dari K2.

Lepas tu bersiap untuk ke panggung percubaan. K5 akan perform koir malam ni. setelah lama berlatih dan hasilnya akan ditentukan malam ini. namun begitu nasib belum menyebelahi K5. tak menang pun malam ni. tak menang bukan bererti kalah, tapi belum memenuhi kepuasan juri pada malam itu. apa-apa pun congrats...

Habis je koir, aku pergi makan dengan epul jap. makan char kuey teaw dan ABC. wah dah lama mengidam nak makan ABC. sebelum ni batuk-batuk tak boleh nak makan.


selepas itu terus balik K5. sampai kolej pergi lepak bilik band jap. dengar mereka tengah berlatih untuk battle of the band MAHA. semoga berjaya....


sebelum balik bilik jalan-jalan jap tengok persiapan untuk sambutan merdeka dan fotografi. kelihatan presiden K5 sedang beraksi ganas di situ. mempertaruhkan nyawa beliau untuk berbakti pada kolej tercinta. apa-apa pun sekalung penghargaan kepada sesiapa yang turut terlibat bagi menjayakan program kali ini.


esok akan berlangsungnya pameran fotografi di kolegiat. segala persiapan sedang disiapkan. salah satu landskap yang aku minati. cukup kreatif dan lawa...

Comments

eM. said…
sapa yang menang contest tuh... babe?
Anonymous said…
gmbr ku ngah mengecat bndera lam kolegiat tade ker?
heheh..nk jugak..
Anonymous said…
caya lah encik tobeng
mwahaha

ow patotlah aku dgr (dr blik)
bunyi muzik band smlm mcm agk besh

rupen2yer mereka...
eM. said…
paan kecik menang!!!
Anonymous said…
siot punya budak..buang gmbar aku tu!!!
Anonymous said…
tak per epul..gambo tu nampak ko n midot sedang meneliti keunikan seni...wahh
Anonymous said…
alamak salah post message ar plak..hehehe
Asyraf Azizan said…
gambar tu unik ar. ekspresi wajah yang jarg dilihat

Popular posts from this blog

Majlis Perkahwinan Nik dan Tuba

My Movie Review: Rock Oo