kamu balik

hari ini kamu balik,
kamu balik dan mungkin tidak akan balik ke sini kembali,
pertemuan kita hanya sementara,
pelbagai tanggapan yang kamu buat pada aku,
aku lain di sini,
seperti yang kamu pernah katakan,
aku lain ketika berada di rumah,
ya aku lain di semua tempat,
termasuk di sini,
semoga kita berjumpa lagi,
aku tidak tahu kenapa aku tidak sedih,
sedih dengan perpindahan kamu,
mungkin aku rasa kamu berada dekat dengan aku,
dekat di hati aku,
sehinggakan kalau berjauhan pun aku tetap rasa dekat,
jadi tiada sebab untuk aku ucapkan selamat tinggal,
sebab kamu tinggal di hati aku,
dan kamu hanya akan hilang jika aku mati,
pergi la kamu balik,
tapi jangan lupa balik,
balik ke sini...

Comments

Anonymous said…
aku pun tidak begitu sedih meninggalkan kamu..mungkin ia sbb yang sama.. dik, kamu mmg lain di setiap tempat tapi biarlah kamu sama bg aku...
Anonymous said…
korang saling memerlukan cuma malu nak luahkannya..
Asyraf Azizan said…
ewah2...kami ada cara yg tersendiri untuk meluahkan la.hehe...
Anonymous said…
ape ni wat permainan jujur ker... luah2 ni.. heheh
i M a Z a i M i said…
sedih bila org yg tersyg pergi..but life must go on =)
amin said…
kehidupan perlu diterusakn walaupun ada tinta noktah..jadikan noktah itu sebagai koma,kerana ianya ada penyambungnya...berpisah kini tak bererti pisah selamanya...yakin la yerk...huhuhuh
eM. said…
bleh ke kami semua duduk kat hati kau??
Asyraf Azizan said…
bleh je.kene isi borg dulu ar
Anonymous said…
Bagus la saling menghargai... tp jgn sampai bersumpah - "Sumpah saya buat..." pastu masuk tv... Muheuheuheueh.. jgn mare ek.. gurau-gurau merdeka sebelom posa...
Anonymous said…
aduh tersentap ar...
dahtutup said…
aku ok je ngan sambutan tue..tapi mestilah semakin hari semakin kurang senggatnnya..em,takpelah aku ikut je..hmm..nak buat mcm mana...
Anonymous said…
tak sangka lak aku ade kt cni
ahaha
nway, thnx
=)

i'm touched with this .. poem kot
dahtutup said…
er..enter my blog..i got sumting..-(apa ending-part 1)..hahaha..

Popular posts from this blog

Majlis Perkahwinan Nik dan Tuba

My Movie Review: Rock Oo