Bicara Fotografi



18 ogos 2008...
bermulalah pameran fotografi di kolej kelima. satu event baru yang dipertanggungjawabkan kepada kami. pertandingan yang diadakan melibatkan semua kolej kediaman di UPM. pelbagai gambar yang dihantar dari setiap peserta dari setiap kolej dengan perspektif yang berbeza-beza. semuanya mencari-cari apakah itu wajah-wajah kemerdekaan yang menjadi tema pada pertandingan kali ini. setiap gambar itu telah diadili oleh jurufoto yang bertaraf antarabangsa iaitu en bazuki yang merupakan jurufoto reuters. beliau memang seorang yang ingin berkongsi ilmu. aku kagum dengan beliau kerana masih boleh berkongsi ilmu ketika berada di konti sewaktu memeriksa perjalanan slideshow gambar-gambarnya di konti tatkala majlis bicara fotografi berlangsung. hasil-hasil beliau selama 25 tahun memang cukup mengagumkan. aku hanya mampu melihat dengan penuh tanda tanya. bagaimana beliau dapat shoot sebegitu cantik. sementara itu crew teknikal diserbu oleh jurufoto-jurufoto sambilan kerana en bazuki berada di konti pada waktu itu. hmmm en bazuki tidak lokek untuk bergambar bersama kami. biasanya aku dengar seseorang jurufoto itu tidak suka gambarnya di ambil. tetapi tidak bagi beliau. kemudian mereka sempat bertemu ramah dengan en bazuki. pelbagai soalan yang yang diajukan. aku hanya membisu sebab tak faham apa yang mereka bualkan.


apa yang aku ingat kata-kata en bazuki, "kualiti sesuatu foto itu terletak pada lensanya. bukan model atau jenis body camera yang digunakan. berilah saya body apapun asal lensa saya berkualiti, saya mampu menghasilkan foto yang berkualiti". aku hanya mengangguk. pada aku memang harapan la nak mendapatkan lensa yang berkualiti. camera SLR pun tiada. namn prinsip aku pula, bukan camera yang menghasilkan foto yang menarik, tetapi keghairahan, keinginan dan kesungguhan seseorang jurufoto itu yang akan menghasilkan foto-foto yang menarik...

gambar orkid yang aku 'shoot' kat MAHA menggunakan camera yang bernilai bagi aku.

Comments

epul said…
he x no 1..wat du u expect??
chemong said…
orkid??? cantik ar gambar tu
Anonymous said…
uittt...
ku x smpt nk g maha..
waaa....
g cepat nnti habis. huhu...
chemong said…
tak per epul..gambo tu nampak ko n midot sedang meneliti keunikan seni...wahh
eleh belakon je tuh.huhu
sara mls login said…
cntek2..
em,pix ngn en.bazuki tu..nak2.. letak lam konti leh?

Popular Posts