Posts

Showing posts from July, 2017

Majlis Persandingan Asyraf & Mirdeeliani

Image
Assalamualaikum semua… Selesai kisah nikah pada post yang lepas. Kali ni nak share experience majlis persandingan pula. Tanggal 7 Mei 2017, 070517 merupakan tarikh pilihan untuk melangsungkan walimatul urus kami. Majlis dilangsungkan di Dewan Komuniti TTDI, KL. Kami decide untuk buat satu majlis bagi memudahkan urusan keluarga dan menjimatkan kos yang saban hari meningkat tak turun-turun. Lagi pun kenalan kami majoritinya dari UPM, Kolej Kelima. So kami menganggarkan dalam 1000 pax jemputan untuk majlis nanti. Kad jemputan Ini kali kedua design kad jemputan. Sebelum ni design untuk Kak Diana. Design yang simple yet informative dan print dengan kos yang murah sebab kad kahwin ni biasanya orang tak simpan lama. Lepas event dah boleh buang unless kad tersebut bertatahkan emas permata. Hehe… Malam sebelum majlis datang melawat persiapan dewan. Dewan kami di deco oleh Adam& Hawa Bridal dengan tema purple dan gold. Pagi bertolak ke dewan de...