Posts

Showing posts from November, 2013

Nenggiri 2013

Image
Satu pengalaman indah terukir lagi. Untuk kali ke-empat, kembali ke Gua Musang untuk berakit di Sungai Nenggiri. Program kali ini dianjurkan oleh UIA Kuantan. Kami wakil dari Kelab Kembara, aku, Captut, Anim & Yati join program mereka. Malam sebelum bertolak ration dibahagikan sama rata. Memandangkan kami tidak jelas mengenai sistem memasak disana, jadi kami mengambil keputusan untuk menyediakan ration untuk group sendiri. Kalau tengok beg masing-masing dah macam nak naik Gunung Rabong pulak. Keesokan harinya pergerakan seawal 6.30 pagi. Memandangkan kami perlu menaiki bas pada 9.00 pagi, pergerakan pun terpaksa diawalkan kerana nak kejar train komuter untuk ke Hentian Putra. Sampai di stesen komuter Serdang, nampak train baru bertolak. Alamak terlambat sikit. Takpe tunggu next train. Ni first time aku naik train komuter baru. Nampak lebih panjang dan selesa dengan ruang yang agak besar. Semasa dalam train terserempak pulak dengan salah seorang alumni...