Posts

Showing posts from May, 2011

Gunung Rabong

Image
Bergerak lebih kurang pukul 11.3opagi. Kami bertujuh memikul beg2 besar bergerak ke Hentian Putra, pada hari jumaat 13 May 2011. Macam biasa bile sampai sana, merayap ke The Mall. Pukul 2 petang bas bertuah tiba untuk transfer kami ke Gua Musang. Bas kali ini istimewa sikit. 2 tingkat dan tanpa air cond. Ye bas besar dua tingkat takde aircond memang sangat best. Macam sauna bergerak dah.huhu... Sepanjang perjalanan memang tak selesa dengan panas yang membara berpeluh2. Tapi nasib baik ade pakcik yang bising kerenahnye menghiburkan kami dalam bas tersebut.huhu... Ni la bas bertuah tu. Nasib baik pakcik yang kanan skali tu menghiburkan kami.huhu... Tiba di Merapoh (ala2 R&R) sekitar jam 8 malam. Lepak jap untuk solat dan minum2 sambil menyaksikan kemalangan secara live.huhu... Kemudian bergerak terus ke Gua Musang, destinasi percutian yang menyeksa diri untuk mengenal diri.hehe... Tiba di stesen bas Gua Musang kami di jemput geng2 guider dan ditransferkan ke umah abah. ...

Satu pengalaman indah...

Image

Cubalah...

Lumrah dunia, semasa senang, kita akan lupa masa sukar, semasa kenyang, kita akan lupa masa lapar. Nikmat dan rezeki itu sentiasa ada, sama rata, kurniaan tuhan, kepada semua manusia. Namun, apa yang membezakan nilai sesuatu nikmat itu, adalah sedetik syukur. Hidup di alam normal ini, penuh kemudahan di hujung jari. Sebarang apa benda yang kita mahu, semua dapat, jika ada helaian kertas berwarna. Namun itu, dalam semua yang kita boleh dapat, ilmu tetap melampaui nilai setiap jasad. Cuba kita susah dalam senang, cuba kita lapar dalam kenyang, cuba kita syukur dan nikmat, dan cuba kita lelap dan berfikir... Cuba kita cuba...

Genap Setahun Pendakian GTV

Image
Sudah genap setahun pendakian kami 7 orang menawan puncak Tahan. Segala perit getir pengalaman yang tak kan dilupakan sampai bila2. Macam2 yang aku pelajari dari pengalaman Tahan. Dan dapat lihat sunrise kat puncak memang satu pengalaman yang menakjubkan. Keindahan ciptaan tuhan... Selamat ulang tahun kawan 7S - botol, opel, kintan, midot, mimi, yna, lehe... dan terima kasih mr guider abg asri... insya Allah ade rezeki kite repeat lagi.hehe...

My Movie Review: THOR

Image
Salam...kali ni nak share cite superhero MARVEL pulak, THOR . Sebuah kisah yang menceritakan sejarah kemunculan Thor. Thor merupakan god of thunder, dia bakal menjadi raja di Asgard menggantikan ayahnya, Odin. Namun dihari pertabalannya, ada sesuatu telah berlaku. Perkara itu telah menguji ke kredibiliti Thor sebagai bakal pemimpin dan dia kemudiannya dibuang ke Bumi sebagai manusia biasa. Dari saat itu dia baru sedar kesilapannya. Nak tau lebih lanjut tengok la sendiri... Yang bestnye bile tengok cite MARVEL ni, dia mesti ade perkaitan dengan cite2 yang lain. Sape yg dah tengok cite IRON MAN mesti tau pasal SHIELD kan. Dalam cite Thor ni pun SHIELD ade masuk campur. Pastu diakhir kredit ade tulis THOR WILL BE BACK IN THE AVENGERS . Avengers ni team superhero MARVEL. Antara ahli2nya IRON MAN, THOR, CAPTAIN AMERICA, HULK, SPIDERMAN dan macam2 lagi tengok kat sini . Dorg ni akan di ketuai oleh Nick Fury. Suatu pengajaran yang boleh diambil dari cite ni, bile kite ade kuasa, s...