31 Ogos 08, beberapa jam sebelum Ramadhan tiba, aku ke pusara. Di waktu petang yang indah. Angin sejuk selepas hujan bertiup. Mengenangkan aku pada insan yang tersayang, yang dahulunya bersusah-payah demiku... Tibanya aku di tanah perkuburan, ku lihat ramai lagi insan-insan yang berada di situ, untuk memperingati insan yang telah tiada. Aku meneruskan langkah ke pusara yang ingin di tuju. Rumput yang tumbuh mulai panjang. Aku bersihkan sedikit, di atas dan sekitarnya. Dan aku terkenangkan beliau. Seorang yang penyayang. Tempat aku selalu mengadu, meminta bantuan, berlindung, dan sebagainya. Tapi kini hanya tinggal kenangan... Aku masih ingat detik itu. Masih segar dalam memori aku. Suatu pagi yang suram, aku bangun untuk bersiap ke sekolah. Pada waktu itu aku hanya terdengar batuk-batuk yang kuat. Aku tak pasti apa yang berlaku. Tetapi kelihatan mak ku dan mak saudaraku sedang sibuk melakukan sesuatu untuk menenangkan beliau. Aku terus bersiap dan ke sekolah. Hatiku berat untuk ke...