Posts

Showing posts from May, 2009

Table For Two

Image
T E R I M A K A S I H K E R A N A S U D I D A T A N G !!!!!!

Rock Idol

Image
Bruce Dickinson Di lahirkan pada 7 Ogos 1958, Paul Bruce Dickinson merupakan vokalis band Iron Maiden, penulis lagu, record producer, host radio, pemain pedang ( fencing ), DJ, penulis novel, historian serta juruterbang pesawat komersial. Beliau yang berasal dari Workshop, Nottinghamshire, menjadi vokalis Iron Maiden selama hampir 32 tahun. Beliau juga pernah mewakili England sebagai pemain pedang di peringkat antarabangsa serta pernah menghasilkan 2 buah novel pada tahun 90-an. Beliau juga menghasilkan brand untuk peralatan fencing yang diberi nama Duellist. Apa yang paling menarik sekali, beliau mampu menerbangkan pesawat komersial seperti B737, B757 dan lain-lain lagi. Beliau juga menjadi juruterbang untuk pesawat Iron Maiden iaitu Ed Force One Boeing 757 dan membuat tour di seluruh dunia. Bruce Dickinson merupakan Rock Idol saya kerana minat beliau terhadap muzik metal serta terbang. huhu p/s: teringin jadi pilot sebenarnya :p UP THE IRON!!

Baju Baru Si Kecil

Image
Waterproof casing for Canon IXUS 850is Get ready to get wet!!!

Review Album

Image
Yngwie J. Malmsteen - Angel Of Love (2009) Forever One Like An Angel Crying Brothers Memories Save Our Love Ocean Sonata Miracle Of Life Sorrow Prelude To April Satu album kompilasi instrumental daripada gitaris hebat Yngwie J. Malmsteen. Membawa genre neoclassical metal, beliau membawa semula lagu-lagu lama beliau yang terkenal di kalangan peminat muzik metal dengan irama instrumental. Memang layan semua lagu-lagu yang ada. Antara yang paling saya minati ialah Forever One, Like An Angel, Memories dan Save Our Love. Gitaris gigih ini memulakan karier beliau seawal usia 18 tahun bersama band Steeler, kemudian Alcatrazz, dan seterusnya bergerak secara solo sehingga sekarang dengan menghasilkan 28 album termasuk album kompilasi serta konsert. ROCK WILL NEVER DIE!!! YEAH!!!

Tatkala menyorok di waktu pagi...

Image
8.10 tiba di Maulana Bistro, Seri Sembangan. Berhampiran office tempat aku ber"Facebook"...eh silap, menjalani latihan industri. Menu biasa untuk alas perut dan save budget, roti telur dan ice kosong. Mengambil posisi mengadap office aku, meja hadapan ada seorang wanita mengadap aku. Umur mungkin dalam 20an, mungkin melayu, berambut panjang serta tidak bertudung, berbaju t-shirt berwarna pink tanpa lengan, berseluar pendek paras lutut berwarna hitam, berselipar dan merokok. Perempuan merokok? Sesuatu yang aku kurang gemar untuk melihat. Hodoh sekali. Kenapa perlu merokok ek. Aku tidak melihat perkara ini pada konteks wanita sahaja. Bagi lelaki pun sama. Kenapa perlu merokok? Aku melihat rokok itu banyak mendatangkan mudarat daripada kebaikan. Dan ada sesetengah pendapat mengatakan rokok itu haram di sisi Islam. Merokok membahayakan diri sendiri dan lebih membahayakan warga di sekeliling perokok tersebut. Malahan kotak rokok sekarang pun dah terpampang kesan dan akibat merokok...

Latihan Industri

Image
Lokasi : Multimedia Synergy Corporation Sdn. Bhd., Seksyen 4, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, Selangor. Office Hour : 0830-1730 Elaun : 3 angka huhu... Tempoh : 27 April 09 - 3 Julai 09

Suatu pagi yang tenang...

Image
Bangun pagi dan bersiap untuk pergi latihan industri. Cuaca hari ini agak mendung. Jalan sedikit basah. Hujan kot semalam. Aku bertolak seawal 7.45 pagi ke Seri Kembangan, ke tempat LI aku di MMSC. Tiba di sana, singgah makan jap di Maulana berhampiran. Tak ramai orang. Mungkin dah masuk kerja. Tempat aku masuk 8.30. Aku mengambil tempat di tepi sekali, berhampiran jalan, sebelah parking dan mengadap office aku. Aku memesan roti telur dan teh tarik. Kemudian datang sebuah truk Hilux dan parking berhampiran aku. Kenderaan itu parking sedikit senget dan memakan 2 tempat parking. Buruk punya perangai. Mentang-mentang kenderaan besar. Tak beradab langsung. Di depan aku ada seorang wanita berketurunan india berusia mungkin dalam 20an. Ketat betul muka dia. Pagi-pagi dah muka ketat. Kemudian datang seorang pengemis. Bertongkat. Kaki kirinya sakit. Mungkin berketurunan melayu, macam cina pun ada jugak. Muka ala-ala Stephen Chow. Cina la kot. Dia datang menghampiri wanita india tadi. Cuba untu...