Posts

Showing posts from October, 2008

Selamat Hari Raya Lagi...

Alhamdulillah... Habis dah puasa enam, Puasa sebulan di bulan Ramadhan, Dapat raya sebulan di bulan Syawal, Puasa enam di bulan Syawal, Macam puasa setahun, Jadi boleh raya setahun... huhu... Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Sakit...

Image

Final Exam Dah...

Image
First test, bukan first paper... Kelas Teater QKB2103 LUDIN Pengarah Artistik

The Return Of FESTIK

Image
Bahang FESTIK kian terasa kini, Krew dicari, Pelakon diuji, Produksi dibentuki, Pengarah Teknikal??? Wahh...Naik pangkat. Banyak yang perlu di pelajari lagi Interview krew Mereka yang membantu Tuan Pengarah Mereka yang membantu & Penolong Pengarah Part of The Circle

Kami...

Image
hmmm...dah nak dekat 10 bulan dah

Selamat Jalan...

Image
akak dah balik oversea...

Terkenang...

Image
Terkenang aku, bersama rakan-rakan, bersahur, bersama, di tengah pagi, ku terkenang... SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Selamat Hari Raya

Image
Esok raya. Hari ini membantu mak mengemas rumah dan memasak. Hari ini juga sahur dan berbuka untuk kali terakhir Ramadhan ini. Dan semalam tarawikh yang terakhir. Alhamdulliah tarawikh aku cukup 30 hari 11 rakaat sehari termasuk witir. Azam aku Ramadhan kali ini. Walaupun sibuk dengan kelas, ujian 2 dan aktiviti kolej, tetapi tetap juga bertarawikh, walaupun ringkas sahaja. Bukan semua orang dapat rasa kemanisan tarawikh itu. Hakikatnya ia hanya boleh dibuat pada bulan Ramadhan sahaja dan Ramadhan hanya datang setahun sekali. Maksudnya dalam setahun kita hanya solat tarawikh 30 malam sahaja. Dan dalam 30 malam itu ada satu malam sahaja yang paling berharga. Rasa rugi kalau tak rebut peluang itu. Tetapi kali ini aku gagal untuk khatam Al-Quran sendiri. Khatam peringkat tadarus sahaja. Aku juga tidak berjaya menghidupkan malam. Lemahnya iman ini. Jadi untuk raya kali ini aku hanya menyambut dua kemenangan iaitu puasa dan tarawikh. Mungkin tahun depan lebih baik lagi Insya Allah. Pe...

Balik Kampung Jap

Image
Sabtu malam tu, lepas Tarawikh, bertolak pulang ke kampung. Nyalas, Melaka. Balik jumpa nenek dan tolong-tolong sikit untuk persiapan raya. Kemudian, pulang ke KL semula. Berbuka dengan keluarga di kampung Mee yang dibuat sendiri oleh nenek

Mak Saya Dah Balik...

Image
Rumahku Syurgaku Hari itu... Sabtu, 27 September 2008, 0600, aku pulang ke rumah. Keluar di pagi hari yang tenang dan sejuk. Bersama jiran di depan bilik yang ingin menumpang hingga ke Komuter Serdang. Perjalanan yang agak hambar dan membosankan. Sebab MP3 aku dah rosak. Sampai di rumah dalam jam 0645. Tak jauh sangat rumah aku dari UPM. Perjalanan lebih kurang setengah jam sahaja. Setibanya di rumah, aku disambut oleh mak dan kakak ku. Kemudian aku terus ke bilik dan berehat. Sambung tidur balik, sampai petang. Petang itu aku keluar menikmati keadaan sekitar kawasan kediaman. Dah lama tak pulang ke rumah. Sepanjang Ramadhan aku banyak menghabiskan masa di kolej kediaman. Belajar, bertugas, berbakti dan sebagainya. Rondaan pertama ke pokok mangga ku. Sebelum puasa hari tu banyak buah. Tapi sekarang dah tumbang. Mak cakap angin kuat. Sedih, baru tahun ni pokok tu berbuah. Berbuah buat kali pertama. Pokok mangga aku. Kedai kat belakang tu pun kena tiup angin kencang gak. ...