Posts

Showing posts from August, 2008

kamu balik

Image
hari ini kamu balik, kamu balik dan mungkin tidak akan balik ke sini kembali, pertemuan kita hanya sementara, pelbagai tanggapan yang kamu buat pada aku, aku lain di sini, seperti yang kamu pernah katakan, aku lain ketika berada di rumah, ya aku lain di semua tempat, termasuk di sini, semoga kita berjumpa lagi, aku tidak tahu kenapa aku tidak sedih, sedih dengan perpindahan kamu, mungkin aku rasa kamu berada dekat dengan aku, dekat di hati aku, sehinggakan kalau berjauhan pun aku tetap rasa dekat, jadi tiada sebab untuk aku ucapkan selamat tinggal, sebab kamu tinggal di hati aku, dan kamu hanya akan hilang jika aku mati, pergi la kamu balik, tapi jangan lupa balik, balik ke sini...

SEPAK

Image
23 ogos 2008, Sabtu. Semalam telah selesai satu majlis di Kolej Kelima. Sambutan Kemerdekaan peringkat Kolej Kelima. Semua yang menjayakan program pada malam itu penat. Postmortem hanya selesai dalam jam 3 pagi. Tidur pun lewat. Tapi nasib baik aku terjaga pagi. Sempat solat subuh dan membuat persiapan barang-barang. Epul masih tidur di katil Pigok. Setelah selesai packing barang, aku terus keluar bilik dan ke bilik Kecik. Aku gerak tanpa memberitahu Epul. Tak nak ganggu dia tidur. Kecik sedang bersiap. Sarjen tengah tidur. Sarjen ni memang sembang lebat. Hari itu kata nak pergi. Akhirnya tak jadi pulak. Setelah bersiap, kami berdua gerak ke fountain. Di situ semua peserta dan urusetia berkumpul. Untuk apa kami berkumpul? Kami berkumpul untuk menyertai Kem Interaksi Kembara (KICK) (dahulunya dikenali sebagai CARE). Setelah semua persiapan disediakan, kami bertolak menaiki bas hijau UPM. Menuju ke satu destinasi iaitu di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong. Hutan tersebut milik UPM da

Merdeka datang lagi

Image
22 ogos 2008, jumaat, detik sambutan merdeka muncul lagi. Di Kolej Kelima yang serba indah ini. Sambutan yang akan diadakan di dataran Kolej Kelima. dataran Kolej Kelima Persiapan tempat yang dijalankan pada malam jumaat lagi. Pentas ditempatkan dan segala dekorasi kemerdekaan disusunatur dengan cermat dan cantik. Sempena kemerdekaan kali ini, aku bertugas sebagai krew teknikal. Dengan ketiadaan ketua teknikal di sini, aku terpaksa memikirkan pelbagai aspek dari segi teknikal bagi menjayakan program kemerdekaan ini di mana aku juga pengarah bersama program ini. Dari segi krew, tugas hingga ke peralatan perlu difikirkan. Mujurlah masih ada senior-senior yang sudi membantu bagi menjayakan program ini. Persiapan tempat pada hari jumaat itu bermula pada pukul 3.30 petang. Persiapan tempat yang lebih khusus untuk team teknikal. peralatan teknikal yang akan digunakan otai teknikal sedang set up konti sementara krew menyiapkan tempat untuk projektor portable mixer yang digunakan Pe