Wasp Diary Day 1
I has a Wasp in my room, and I named it Blackie Lawless. Cool rite.hehe...
Semalam ketika sedang sibuk mengadap laptop, dalam lebih kurang pukul 2 petang, tiba-tiba terpandang sesuatu kat border cermin tingkap. Pastu rasa pelik, nampak macam sarang tebuan. tapi tak pernah nampak pulak sebelum ni. Ok abaikan, terus sambung buat kerja.
Tiba-tiba tebuan tersebut datang. Melayang-layang di cermin tingkap dan hinggap ke sarang. Ok besar jugak tebuan ni. Setelah diteliti, ia adalah sejenis tebuan tanah.
Ini adalah sarang Blackie. Dalam tu ada serangga warna hijau. Tak sure tu larva tebuan tersebut atau makanan untuk larva. Tapi time proses Blackie transfer serangga tersebut nampak secara LIVE la. Memang best. Dah macam National Geographic dah.hehe...
Kebetulan dekat dengan sarang tu ada laluan semut. Apabila semut tu nak invade sarang tu, Blackie gigit die.
Selepas tu Blackie tutup lubang sarang tu. Ok aku sedar sarang ni dalam pukul 2 petang semalam. Tengok Blackie transfer serangga hijau, protect sarang. Lepas tu pukul 3 ada kelas pulak.
Balik dari pada kelas dalam pukul 5.30 petang, sarang tu dah tambah lagi satu tingkat. Dan kebetulan tu Blackie sedang transfer serangga hijau tu lagi. Setakat ni tak sempat lagi nak tangkap gambar transfer tu.
Ni la hasil semalam. Hari ni Blackie tengah membina lagi satu tingkat. Nanti akan di update...
Comments
ni macam angkut-angkut la jugak..
kalau tebuan tanah dia hidup berkumpulan.
owhhh yeke. ok nk search pasal angkut-angkut pulak