Pengalamn kali kedua

Ini pengalaman kedua berjalan-jalan di dalam hutan pada hujung minggu sambil mandi sungai di tanah tinggi serta memancing tengas. Kali terakhir mendaki pada 2010. 2011 tak dapat sertai sebab demam. 2012 alhamdulillah diberikan kesihatan tubuh badan yang baik untuk berekreasi.

Lokasi Gunung Nuang menjadi pilihan untuk menguji daya tahan diri disamping mempelajari dari guru yang berpengalaman tinggi, alam tuhan. Langkah demi langkah diatur tidak terlalu laju mahu pun terlalu perlahan. Bergerak seiring dengan nafas yang tenang dan jiwa yang berkobar.

Itulah kehidupan harian kita. Mengatur langkah dan tujuan demi mencapai matlamat hidup. Jika tersalah langkah, kita akan terjatuh. Maka bangunlah kembali, huraikan silap langkah sebagai pengajaran dan teruskan kehidupan. Jika kita tidak bangun, maka matilah kita dengan segala kesilapan kita. Tetapi itu semua adalah pilihan. Dan kita hidup dengan apa yang kita pilih...

Saya hidangkan sebuah karya yang di ambil dari Gunung Online

ada sebatang sungai,
yang menghubungi dua air terjun,
dari dua puncak gunung yang berlainan,

ada seorang lelaki tua,
yang sedang bermeditasi,
ditepi sungai itu,
pada pagi yang dingin,

aku menghampiri lelaki itu,
lalu duduk di sebelahnya,
tanpa menoleh padaku,
lelaki itu berkata,
"tengas yang berjaya melompat keluar dari sungai
akan menjadi naga",

aku terlelap seketika,
dalam mimpiku,
aku bermimpi 10 orang lelaki bertopeng menyerangku,
dengan pedang bekilau tajam,
serangan mereka aku patahkan,
dan topeng kubuka satu-persatu,
wajah-wajah lelaki itu,
mirip wajah tampanku,

aku terjaga dari lena,
lelaki itu masih disebelahku,
tanpa menoleh padanya,
lelaki tampan ini berkata,
"sebenarnya musuh sejati kita adalah diri kita sendiri!"

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perkahwinan Nik dan Tuba

My Movie Review: Rock Oo