Posts

Showing posts from 2012

Tahniah sahabat...

Image
Ahad lepas sempat ke majlis perkahwinan seorang sahabat ketika di Matrik Kedah dulu. Alhamdulillah dah kahwin dah dia. Nasib baik buat kat N.Sembilan. Dapat la jumpa. Sebelah Kedah tak dapat pegi la jauh sangat.hehe... Kenal ketika usrah ustaz Faisol kat matrik masa sem 1. Pastu masa sem 2 dapat 1 kelas yang sama. Lepas matrik dia sambung kat USM. Sampai sekarang masih rapat walaupun jarang berhubung. hehe... Seorang sahabat yang sentiasa mengejutkan aku ketika terlelap diulit mimpi dunia... Usrah di pagi hari Mukhayyam di Selama, Perak Program bersama Pusat Islam Matrik Kedah Hari-hari terakhir kelas koko Mukhayyam Teluk Duyung, Penang Sempat membuat aktiviti tak berfaedah dalam masjid. hehe... Usrah ustaz Faisol Menggila dulu sebelum habis matrik   Bersama pengarah Pusat Islam ketika itu. Ustaz Radzi kalo tak silap. Hari-hari terakhir kelas koko ni Open house ustaz Arifin

Blogwalking sampai tahun 2020...

Image
Sejak semalam rajin pulak nak update blog. Padahal dah berbulan-bulan tak update.hehe... Hari ni bersiar-siar blog rakan-rakan yang ada. Tersinggah la pulak kat blog ima zaimi ni. Macam best je test yang die buat ni. So nak try seround kat link ni. Hasilnya... Application test ni meramal siapa diri kita menjelang Malaysia 2020 nanti. huhu... Apa-apa pun application ni memang interactive dan menarik. Tapi possible career paths tu macam tak best je.hehe...

EMPIRE...

Image
Sape penah pegi shopping mall Empire Shopping Gallery . hehe... Tadi baru try explore bersama kekasih hati. Tempat tu tak best sangat sebab kecik je. Tapi ada main attraction iaitu World's Tallest Indoor Slide. kalo merujuk kat page ni la. Macam biasa bile sampai tempat parking mesti kene marking tempat parking dulu. Karang sesat tak pasal-pasal. hehe... Sampai-sampai je dah nampak slide ni. Tinggi jugak. hmmm... Sebelum tu jalan-jalan dulu cuci mate.hehe... Syoknye die dapat shopping... Ok dah sampai ke puncak slide ni Top view Haaa ni view bile dah turun. Laju gak turun slide ni. Cost pun takde la mahal sangat. Sekali slide RM10. Kalo dua orang RM15. Ok la... atlest merasa.hehe... Pasni tak datang dah tempat ni. Sebab tak banyak tempat best.hehe...

My Movie Review: The Hobbit - Unexpected Journey

Image
Tiba-tiba rasa nak update blog. Kesinambungan daripada Lord of The Ring. Tapi kisah ni sebelum penemuan cincin tersebut. Main actor lebih kepada Bilbo Baggins dan Gandalf. Masa ni pun Gandalf belum jadi White Wizard lagi. Tak cukup otai la walaupun bejanggut jambang. Kalo ikut tajuk movie ni, sebenarnye tak de la nak cite pasal Hobbit sangat. Tapi mengisarkan kisah puak Dwarves yang castle mereka telah ditawan oleh sang naga. Bile nampak naga ni teringat game Skyrim.hehe... Lalu puak Dwarve tersebut hilang kampung halaman dan terpaksa merempat kat tempat-tempat lain bagi mencari perlindungan dan rezeki untuk meneruskan hidup. Setelah beberapa lama, khabar angin tersebar menyatakan castle tu tidak dihuni oleh naga tersebut. Maka puak Dwarve ni pun nak tawan balik kampung halaman mereka. Mereka mendapat bantuan daripada Gandalf yang telah mencadangkan Bilbo Baggins untuk turut serta dalam ekspedisi ini. Maka bermulalah apa yang dikatakan unexpected journey itu...

Happy Boughtday The Tokina

Image
28 Ogos 2012 Genap setahun aku menggunakan Tokina 11-16mm F/2.8 Sejenis wide lens yang sangat wide dan sangat best. Tahun lepas berikat perut untuk dapatkan lens ni. Cukup duit, beli lens ni dan terus buat job yang pertama beliau, shoot majlis tunang. Sekarang ni banyak guna untuk shoot landscape. Dan masih memberikan performance yang terbaik. Terima Kasih Tokina Happy Bought Day

Gangnam?

Image
Tiba-tiba Malaysia telah dilanda dengan fenomena Gangnam Style ni. Aku tak paham macam mana fenomena ini boleh berlaku. Tapi pengaruhnya amat kuat sampai dalam beberapa minggu je dah banyak parody yang dibuat. Semuanya kuasa pengaruh Facebook dan Youtube yang mempopularkan Gangnam Style ni.

Nikmat ditarik balik

Image
Assalamualaikum dan selamat hari raya semua... Isnin lepas baru kembali ke UPM selepas cuti raya. Petang-petang macam biasa main futsal dengan rakan-rakan. Namun malang itu tidak berbau, ankle kiri injured kembali. Ini kali kedua ankle kiri injured. Injured lama tak habis pulih lagi, dah bertambah lagi. Tak pasal-pasal kene berehat untuk beberapa hari ni. Tapi ok gak, boleh buat puasa 6 sambil rehatkan kaki. hehe... Apa-apa pun kita kenalah mensyukuri nikmat tuhan sebelum ia ditarik balik. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. hehe... Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin Berehat bersama Rooney. hehe...

My Movie Review: The Dark Knight Rises

Image
Assalamualaikum semua. Selamat berpuasa dan selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan. Semalam sempat meluangkan masa skit untuk menonton wayang The Dark Knight Rises. Yeah cite Batman hasil nukilan Christopher Nolan. Jalan cerita yang menarik. Ada kesinambungan daripada 2 episod yang sebelum ni iaitu Batman Begins & The Dark Knight. Memang puas hati la tengok. Sedikit sinopsis, Kalo sape yg ikut cite ni, masa The Dark Knight (episod 2), Batman menghilangkan diri last sekali. Dan permulaan The Dark Knight Rises ni watak Bruce Wayne ni mengasingkan diri dari masyarakat dan masih cedera hasil pertempuran sebelum ni.  Kemudian muncul lah watak Catwoman yang menghangatkan cerita ini. Daripada situ barulah Bruce Wayne aktif kembali sebab Catwoman @ Selina Kyle mencuri cap jari Bruce Wayne untuk satu sindikit menjatuhkan Bruce Wayne.  Motor ni memang osem Geng jahat yang diketua Bane  ingin merampas Gotham City bagi melunaskan impian Ra's Al Ghul. Ok nak

Happy Belated Bought Day

Image
hahhaaa... lama sgt xupdate padan muke. di sini saya ingin mengucapkan happy belated boughtday kepada my Canon EOS 550D (2 Tahun) yag jatuh pada 22 June dan kepada Guitar Purple (3 Tahun) pada 4 July. Camera ni dah 2 tahun berkhidmat. Paling jauh dah merantau ialah ke tanah arab. Paling tinggi pernah jejak ialah puncak Gunung Rabong sebanyak 2 kali. kali kedua naik rabong, camera ni mengalamai detik2 cemas apabila terpercik air dengan kuantiti yang agak banyak. Tapi nasib baik hanya battery grip je yang rosak. Alhamdulillah... semoga panjang umur dan teruskan berkhidmat serta menghasilkan karya2 yang menarik. Ok gitar ni agak sedih sikit sebab dah lama xmain dan terperap dalam beg je beberapa bulan ni tak ingat bila last main sebab malas nak main, kena setup amp & gadget bagai so agak malas skrg ni asyik layan acoustic je sebab senang capai & nak practice plucking. hehe... ape2 pun happy boughtday. maybe kalo ade rezeki kite main ba

Pernah dengar Dropbox tak?

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Kali ini saya nak share satu aplikasi yang saya gunakan. Aplikasi ini diberi nama Dropbox. Satu aplikasi online dimana kita boleh simpan dokumen-dokumen secara online, dan kita boleh synchronize kan dengan dokumen pada PC kita. Caranya mula-mula kita register sebagai user Dropbox dulu, create account. Selepas itu kena download dulu aplikasi ini. Kemudian install pada PC kita. Jangan risau, percuma sahaja. Dropbox akan create satu folder pada PC kita. Di folder tersebut kita boleh masukkan dokumen-dokument yang kita kerap gunakan serta penting. Contohnya dokument Microsoft Word, Excel, gambar-gambar, installer, lagu, video dan sebagainya. Jadi apabila kita online, Dropbox akan syncronize kan folder pada PC kita dengan server Dropbox. Maka, apa yang ada pada folder PC kita akan di upload masuk ke server dan semua dokumen tersebut boleh digunakan dimana-mana ketika kita online. Ianya memudahkan kerja kita apabila kita menggunakan lebih daripa

Happy Boughtday Canon Ixus

Image
Dah genap 5 tahun camera ni berkhidmat. dan perkhidmatannya masih diperlukan sehingga ke hari ini mula beraksi pada tahun 2007. ni camera digital aku yang pertama. Akak kasi hadiah masa 2nd sem kat matrikulasi kemudian meneruskan khidmat di Kolej Kelima, UPM. Pernah menjadi camera rasmi kolej suatu ketika dahulu. Hasil video camera ni juga pernah memenangi pertandingan multimedia di K5. Dan ianya sentiasa menemani aku menjelajah ke hutan belantara. Telah menawan puncak tertinggi di semenanjung Malaysia Serta gunung paling mencabar di Malaysia, Rabong Terima Kasih kerana berjasa Selamat Ulang Tahun ke-5 Canon Digital IXUS 850 IS

Hepi bought day Nokia X3-02

Image
Sudah cukup setahun HP ni berkhidmat semuanya gara-gara panjat gunung rabong , pastu hp masuk air pastu penah suatu ketika screen hp ni pecah lak gara-gara masuk utan gak so pasni kalo masuk hutan kene lebih berhati2 kalo panjat gunung tu balut la hp tebal2 takyah buka2 dah sampai balik.hehe... ape2 pun hp ni byk berjasa serta memudahkan kerja tq so much.hepi boughtday...

Rabong Expedition for the 2nd time...

Image
Alhamdulillah... Selamat sudah pendakian Kelab Kembara ke Gunung Rabong, Gua Musang, Kelantan. Trip kali ni dengan kelulusan paperwork. So perjalanan pergi dan balik di sponsor UPM.hehe... Bertolak pada 9 April 2012, jam 11 malam. Di jangka akan tiba di Gua Musang dalam pukul 5 atau 6. Perjalanan pergi tiada masalah. Semuanya berjalan lancar pada awalnya. Kemudian pakcik bas berhenti di kedai makan di kawasan Bentong, memandangkan ramai peserta pada malam itu belum makan malam, so berhenti makan jap.  Dengan kedatangan kami 19 orang ni menyebabkan kedai makan tersebut tak cukup tangan nak urus. Akibatnya makanan yang dipesan lambat siap. Jadi perjalanan kami agak terdelay kejap. Bajet amik masa untuk makan dalam setengah jam je. Sekali kena sejam lebih. Adoyai... Setel makan perjalanan diteruskan. Masa tu dah pukul 3am kalo tak silap. Dah makan semua dah kenyang, masing2 pun mengantuk layan tido. Disebabkan timing agak melarikan diri, pakcik bas telah memijak pedal m