Posts

Showing posts from 2008

Cuti Sem Lepas...

... Bermula dengan KJR X di Ulu Yam, Selangor Kemudian ke Teluk Duyung, Taman Negara Pulau Pinang, Pulau Pinang Diteruskan lagi ke Teluk Senangin, Perak Disambung pula di Glory Beach Resort, Port Dickson, N. Sembilan Dilanjutkan pula di Sunway Lagoon, Selangor ...

Selamat Menyambut Maal HIjrah 1430

Image
Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut. Doa Awal Tahun: Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap

Sunway Lagoon Moment

Image
Minggu lepas, setelah bercuti di Perak, kami mula merancang perancangan menghabiskan sisa-sisa cuti sem kali ini. Bermula dengan bermain futsal dengan kawan sekolah dan lepak-lepak bersama. Sehinggalah disuatu ketika, tercetusnya sebuah fenomena dimana idea itu mencul. Jom pergi Sunway Lagoon nak... Beberapa hari sebelum kejadian kami telah keluar berjalan-jalan ke Sunway Pyramid sambil meninjau kawasan percutian seterusnya. Survey harga Tiba hari kejadian kemi bertolak seawal pagi. Lebih kurang jam 10.00am dan tiba di Sunway Lagon dalam jam 11.30am. Keadaan di pintu masuk utama ketika itu sangat sesak. Maklumlah cuti sekolah sekarang. Ramai pengunjung yang datang dari dalam dan luar negeri. Peserta percutian kali ini hanya 4 orang iaitu saya, Ubi, Paan & Den. Kami membeli tiket untuk 3 park iaitu Water Park, Amusement Park & Scream Park. Ketiga-tiga tempat tersebut memang menarik. Gelang yang sentiasa perlu dipakai bersama pakcik koboi Scream Park

A Step To Professional Photographer

Image
Saya dah ada tripod. HAhahaHAhahHhahHAhhHAHhHAhHAhha walaupun cap ayam, tapi amat berguna ketika ia ingin digunakan..

Yeop Yang Dah Dewasa

Image
Hai sayalah Yeop... Saya dah besar...

Saya ada SLR...

Image
Saya ada single-lens reflex camera, Camera itu arwah abah yang punya, Dia ada dua, Mak serahkan kedua-duanya kat saya, Saya tak tau nak buat apa, Ia bukan SLR yang pernah saya guna, Ia menggunakan filem sahaja, Bagaimana ya, Camera itu memberi 1001 nostalgia kepada saya, Tapi saya tak tahu guna, Kawan-kawan tolonglah saya...

Teluk Senangin, Perak

Image
Cuti sem kali ini aku dah tempuh 3 camping. Camping yang pertama adalah jenis kursus. KJR nama dia. Program dibawah Kolej Kelima UPM. Banyak mengajar aku tentang camping dan survivor. Bacalah pada entry yang lepas mengnai KJR X. Kemudiannya ke Penang. Taman Negara Penang. Di Teluk Duyung atau Monkey Beach. Mana satu ntah nama dia. Tempat tu memang dah biasa pergi sebelum ni. Jadi dah biasa dengan persekitaran sana. Kira boleh hidup ar kat Penang tu. Kemudahan pun dah banyak sekarang. Baru-baru ini di Teluk Senangin, Perak. Suatu trip yang dirancang oleh aku dan 2 orang rakanku iaitu paan dan ubi. Kami yang rancang 100%. Tempat tu pernah dikunjungi oleh paan sekali sebelum ni. Jadi dia suggest tempat tu. Tempat tu memang best dan agak terpencil. Boleh dikatakan macam Teluk Kemang, tapi tak ramai orang. Tiada resort atau hotel yang besar-besar. Hanya chalet kecil-kecil dan rumah para nelayan. Pantainya masih bersih tapi air laut agak dalam dan merbahaya. Arus agak menarik. Mung